Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •Life Matrikulasi Sebenarnya Tak Mudah – Ini Realiti •Polis Dedah Teknik Mudah Elak Scam: “Banyak Bertanya” Buat Scammer Terus Give Up •RM400 Sebulan Dah Lulus! Bantuan Petani 2026 Ramai Belum Mohon •Resume Tulis Tangan: Masih Relevan? Ini Realiti Majikan & Cara Betul Buat Resume 2026 • Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •Life Matrikulasi Sebenarnya Tak Mudah – Ini Realiti •Polis Dedah Teknik Mudah Elak Scam: “Banyak Bertanya” Buat Scammer Terus Give Up •RM400 Sebulan Dah Lulus! Bantuan Petani 2026 Ramai Belum Mohon •Resume Tulis Tangan: Masih Relevan? Ini Realiti Majikan & Cara Betul Buat Resume 2026 •

Johor Umum Cuti Peristiwa Pada Ahad, 27 November Sempena Kejayaan JDT Ke Final

Oleh Cikgu Shaari • November 25, 2022 • 2 min baca

Johor Umum Cuti Peristiwa Pada Ahad, 27 November Sempena Kejayaan JDT Ke Final
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat rakyat Negeri Johor! Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengisytiharkan Ahad, 27 November sebagai cuti peristiwa untuk negeri itu. Pengisytiharan cuti ini selaras dengan peruntukan dalam Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata pemberian cuti peristiwa itu susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia esok.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengumuman cuti buat rakyat Johor sempena Kejayaan JDT Ke Final.

TARIKH CUTI PERISTIWA

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengisytiharkan cuti peristiwa untuk negeri itu pada:

  • Ahad, 27 November 2022

TUJUAN PEMBERIAN CUTI PERISTIWA

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata pemberian cuti peristiwa itu susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia esok.

Pemberian cuti peristiwa tersebut adalah untuk:

  • Memudahkan para penyokong menyaksikan perlawanan akhir tersebut.
  • Ia seterusnya memberi keselesaan kepada mereka untuk merancang dan mengatur perjalanan mereka agar tidak tergesa-gesa dan berada dalam keadaan selamat
  • Ia juga bagi menghargai sokongan padu yang sentiasa diberi oleh rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan

Menteri Besar Johor, Datuk Onn hafiz Ghazi mengajak warga negeri ini untuk bersama-sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT.

Kerajaan Negeri Johor juga bersetuju menimbal guna tarikh pengistiharaan Cuti Umum pada Isnin iaitu 28 November ini yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Hari Cuti Umum bagi negeri ini.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.