Senarai Manifesto Yang Dibentangkan Oleh Pakatan Harapan (PH) Semasa PRU15

Tanda tanya rakyat Malaysia kini telah terjawab. Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melaui, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Keutamaan segera kerajaan baharu yang dibentuk adalah menunaikan manifesto yang dibentangkan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutamanya membabitkan langkah-langkah bagi menangani kos sara hidup, kebajikan dan keselamatan sosial, demikian tegas penganalisis ekonomi.

Bagi yang tertanya-tanya apakah manifesto PH 2022, anda boleh semak senarai manifesto yang dibentangkan di perkongsian bawah.

SENARAI MANIFESTO PAKATAN HARAPAN 2022

Berikut adalah manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-15:

Belia

  • Mansuh PTPTN bersasar: siswa B40
  • Bayar PTPTN mengikut tangga gaji
  • Biasiswa kepada pelajar B40
  • Biasiswa galak cebur ekonomi baharu: perniagaan, tani moden
  • Akaun Latihan Kemahiran HRD Corp
  • Inisiatif diskaun melalui kad belia: berumur 13 hingga 21 tahun
  • Penerbangan harga tetap untuk siswa. Semenanjung ke Sabah & Sarawak dan sebaliknya, 2 tiket setahun
  • Mansuhkan AUKU

Bayi & Kanak Kanak

  • Tunai bulanan mengikut bilangan anak bawah 6 tahun
  • KWSP: Insentif caruman pemula sukarela, benar ibu bapa mula tabungan
  • Jabatan kanak-kanak atasi dera, gangguan seks, pengabaian
  • Jawatankuasa Khas Mahkamah Sivil & Syariah bantu isu kanak-kanak
  • Tambah 1,500 orang di bawah JKM
  • Sambung laksana strategi nasional yang dimula PH pada 2020
  • Struktur semula, ambil kira sosioekonomi
  • Bina lebih banyak pra sekolah, galak kemasukan

B40 & Miskin Bandar

  • Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Rumah mampu milik atau sewa, transit
  • Tambah klinik kesihatan di kawasan padat, miskin tinggi
  • Saringan kesihatan rumah ke rumah di pangsapuri kos rendah
  • Kemudahan belajar: Ruang belajar & sosial
  • Dapur komuniti sedia makanan anak-anak miskin
  • Mansuh hutang PTPTN bersasar
  • Biasiswa pendidikan B40
  • Subsidi penjagaan wanita bekerja jaga anak-anak

Atlet & Penggiat Sukan

  • Naik taraf kompleks sukan, latihan & rehabilitasi
  • Tingkat akses ruang sukan awam
  • latihan kerjaya ilmu urus wang dan komunikasi
  • Kerjasama YAKEB: latihan kemahiran dan kerjaya
  • Esukan: Polisi sokong ekosistem, gabung acara terbesar

M40

  • Perlindungan penyakit kritikal: mySalam: termasuk kemasukan hospital dan kesihatan mental
  • PeKaB40 diperluas: termasuk periksa kesihatan berkala
  • Subsidi jaga kanak-kanak bagi wanita bekerja
  • Insentif jaga warga emas

OKU

  • Selaras bantuan dan peruntukan pelbagai kementerian
  • Lantik pesuruhjaya OKU di SUHAKAM
  • Tingkat kemudahan, pengangkutan awam
  • Pembangunan tepati rekabentuk sejagat (universal design)
  • Tambah infrastruktur kelengkapan kelas
  • Tambah bilangan kelas dalam pendidikan
  • Kuota 40% dalamprogram sokongan: geran niaga, latihan, industri di rumah
  • Peruntukan khusus bantu, urus pemulihan siap siaga banjir

Orang Asal

  • kendali pertikaian hak tanah adat
  • Percepat proses serah geran tanah, iktiraf hak pegangan tanah adat
  • Program Khas Perkhidmatan Negeri Sabah (PANTAS) pastikan rakyat peroleh geran tanah
  • Pemaju wajib bina, rumah ganti rumah

Pekerja GIG & Pencari Kerja

  • Tubuh badan kawal selia untuk tadbir ekonommi gig
  • Skim insurans hayat
  • Khairat kematian RM10,000
  • Insentif kepada syarikat ekonomi gig tawar latihan

Pencari Kerja

  • Elaun pekerja kontrak aktif cari kerja
  • Elaun penjaga yang berhenti kerja jaga keluarga ditimpa musibah

Pelajar & Guru

  • Sarapan percuma untuk semua pelajar
  • Tuala wanita & tampon percuma semua pelajar
  • Pulih jurang 3M the lost generation
  • Elaun khas guru pulih murid cicir
  • Baiki sekolah daif guna pembinaan modular & IBS
  • Perkemas prosedur bertindih
  • Lantik pembantu pengajar bantu guru
  • Peruntukan khas lantik guru, bina infra, tambah kelas

Pembeli dan Penyewa Rumah

  • Skim sewa untuk beli:Tingkat skim di kawasan strategik
  • Rumah transit belia:Tingkat di kawasan strategik
  • Dana jaminan dan biaya rumah diperkenal semua dana RM3 bilion beli rumah mampu milik
  • Pangsapuri kos rendah diambil alih penyelenggaraan
  • Pengecualian duti setem 100% diperluas kepada hartanah <RM500k, masuk unit subjualan
  • Hak penyewa rangkum hak dalam peranan Tribunal Perumahan
  • Pekerja ladang & kampung Orang Asli wajibkan pemaju bina, rumah ganti rumah
  • Rumah mampu milik dipertingkat

Pengguna Pengangkutan Awam & Jalan Raya

  • Had tambang harian: Pengangkutan awam RM5 sehari
  • Kenderaan mikro: Benar & kawal skuter dan basikal elektrik sebagai penghubungi first and last mile
  • Baucar e-dompet ke stesen transit LRT, MRT, KTM, monorel dan stesen bas
  • Pengurangan tol PLUS berperingkat. Matlamat hapuskan tol
  • Pengangkutan awam percuma untuk warga emas
  • Pengangkutan awam mesra OKU dipertingkat
  • Tambah bas 10,000 seluruh negara, 7000 Lembah Klang
  • Akses muda 80% kawasan bandar 10 minit jalan kaki ke stesen bas/ tren
  • Tunggu pengangkutan awam kurang dari 10 minit

Warga Emas

  • baucar beli belah RM100
  • Khairat kematian RM1,000
  • Bas percuma melancong tempatan
  • Pengangkutan awam percuma
  • Keluarga berkediaman bersama warga emas
  • Struktur semula PERKESO, masukkan Skim Perlindungan Emas
  • Peruntukan khusus bantu urus pemulihan

Wanita

  • Subsidi jaga kanak-kanak M40& B40
  • Tuala wanita * tampon percuma untuk B40
  • Kuota minimum 40% latihan kemahiran, geran niaga kecil dan industri di rumah
  • Perkasa kesarjanaan & urus tadbir, lindung wanita

Usahawan PMKS

  • Pusat sehenti bantu transformasi digital
  • insentif/ geran beli alatan teknologi pemasaran digital, perundingan, khidmat teknikal
  • Modal teroka pertingkat berkala, galak usahawan teknologi tinggi
  • Perkemas proses ambil pekerja asingTambah dana buka peluang golongan rentan cerbut keusahawanan
  • Kurangkan karenah birokrasi dengan fasilitasi agensi kerajaan.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma