Keliru Nak Kerja Kerajaan Atau Kerja Swasta? Ini Kelebihan & Kekurangan Yang Anda Kena Tahu

Keliru nak pilih kerja kerajaan atau swasta? Setiap pekerjaan ada menawarkan kelebihan dan kekurangannya tersendiri kerana itu adalah perkara biasa. Anda yang bakal menceburi pekerjaan itu mestilah menilai yang mana betul-betul berbaloi untuk diri anda. Pendapat setiap orang berbeza, anda mestilah tahu apa yang diri anda mahu.

Selepas melihat kelebihan dan kekurangan kerja kerajaan dan swasta, diharapkan anda dapat menilai dan memilih jalan hidup anda dengan baik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai kelebihan dan kekurangan kerja kerajaan dan swasta.

KELEBIHAN KERJA KERAJAAN VS KERJA SWASTA

Anda boleh lihat senarai kelebihan kerja kerajaan dan kerja swasta:

Kerja Kerajaan

  • Elaun perumahan
    Kerajaan menjaga baik kebajikan para pekerjanya. Sesiapa yang kerja di bawah kerajaan akan diperuntukkan elaun rumah setiap bulan
  • COLA (Elaun Sara Hidup)
    Ini bukan air eh. COLA adalah singkatan untuk Cost of Living Allowance atau pun dikenali sebagai elaun sara hidup. Elaun ini diberikan untuk meringankan beban taraf hidup yang tinggi contohnya di Kuala Lumpur dan sebagainya.
  • Bonus Tetap Khidmat Awam
    Kerajaan telah memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada semua penjawat awam.
  • Kenaikan Gaji tahunan
    Kalau keuntungan naik, gaji pun akan turut naik. Tapi ini bergantung kepada budi bicara juga. Tetapi , biasanya kenaikan gaji akan berlaku berkala setiap tahun
  • Kemudahan Pemindahan Kereja & Pinjaman Rumah
    Ingin memiliki rumah idaman? Tak perlu risau sangat sebab kerajaan menyediakan pinjaman kereta dan rumah untuk kakitangan kerajaan.
  • Cuti yang fleksibel
    Dalam sektor awam, terdapat banyak jenis cuti contohnya seperti cuti tahunan. Bagi pekerja am, biasanya akan diberi cuti minimum 14 hari cuti tahunan. Kalau cuti bersalin pula lebih kurang dalam 3 bulan cuti akan diberikan.
  • Susah untuk dibuang kerja
  • Skim pencen apabila bersara

Kerja Swasta

  • Rundingan Gaji
    Anda bebas untuk menentukan nilai harga untuk diri sendiri. Boleh rujuk HR atau pun bos syarikat.
  • Caruman KWSP
    Syarikat yang mempunyai lebih 5 Pekerja diwajibkan mencarum KWSP, jadi anda tak perlu risau akan simpanan masa depan anda.
  • Bonus
    Terdapat dua jenis bonus iaitu bonus tahunan dan bonus apabila anda mencapai satu sasaran syarikat.
  • Bebas Tak Terikat
    Biasanya anda akan diberikan tempoh 3 bulan atau 6 bulan bergantung kepada syarikat. Contohnya anda sudah bekerja 2 bulan dan anda berhasrat untuk berhenti kerja kerana menemui pekerjaan yang lebih diminati, anda boleh berhenti tanpa apa-apa kelulusan.

KEKURANGAN KERJA KERAJAAN VS KERJA SWASTA

Berikut adakah kekurang-kekurangan kerja kerajaan dan swasta yang anda boleh bandingkan:

Kerja Kerajaan

  • Memerlukan peperiksaan bagi melengkapkan syarat-syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
  • Mutu kerja tidak tertalu dipandang untuk menjamin anda naik pangkat
  • Persaingan tinggi untuk mendapatkan kerja kerajaan
  • Gaji pokok kecil

Kerja Swasta

  • Potensi dibuang kerja tinggi
  • Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
  • Masa depan tidak terjamin
  • Boleh pilih kerja

Kesimpulannya, setiap kerja ada kekurangan dan kelebihannya tersendiri. Walau apa pun kerja yang anda pilih, pastikan anda betul-betul minat dengan kerja yang diceburi.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma