Tawaran Temuduga Terbuka MySTEP Pelbagai Jawatan Di DBKL
Berminat nak jadi salah seorang daripada anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? DBKL mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menghadiri Temuduga Terbuka bagi pengambilan MySTEP pelbagai jawatan seperti yang diiklankan.
Bagi calon yang berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh hadir ke lokasi dinyatakan pada 29 & 30 November 2022 dengan berpakaian mengikut panduan ditetapkan. Setiap calon mestilah hadir bersama dokumen-dokumen dinyatakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan menghadiri Ujian Khas Temuduga.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Nama jawatan: Pelbagai jawatan
- Taraf jawatan: MySTEP
- Gaji: RM1600/ RM1800
SENARAI JAWATAN MYSTEP DBKL
Berikut adalah senarai jawatan MySTEP yang ditawarkan:
- Penolong Pegawai Pertanian (Inventori Pokok)
- Penolong Pegawai Tadbir
- Penolong Jurutera (Mekanikal)
- Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
- Pembantu Tadbir (Kerani Operasi)
- Pereka (Grafik)
DOKUMEN DIPERLUKAN
Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Khas Terbuka:
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil SPM
- Sijil SVM (jika ada)
- Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi (jika ada)
- Sijil digital lengkap vaksinasi Covid-19
- Lesen memandu kelas B2/ D
- Sekeping gambar terbaru berukuran passport
Semua dokumen salinan yang dinyatakan perlu disahkan oleh Pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat/ Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa/ Penghulu/ Temenggung/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah/ Pengerusi JKKK/ ketua Kaum/ Ketua Masyarakat/PPM.
MAKLUMAT UJIAN
- Tarikh ujian terbuka: 29/ 30 November 2022 (tertakluk kepada jawatan dimohon)
- Lokasi Ujian: Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) No. 19, Jalan Yaabod Latif (Jalan Tenteram) Bandar Tun Razah, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
- Masa Pendaftaran: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
PANDUAN HADIR UJIAN KHAS TERBUKA
Calon mestilah hadir ke ujian khas terbuka dengan ikut panduan berikut:
- Calon mestilah berpakaian kemas, pakaian formal dengan warna yang bersesuaian. Kasut hendaklah bertutup dan berwarna gelap.
- Calon lelaki perlu memakai baju kemeja dengan panjang berwarna cerah (lengan baju tidak boleh dilipat) dan seluar slack berwarna gelap paras buku lali. Rambut mestilah disikat rapi dan kemas. Sekiranya menyimpan misau atau jambang, hendaklah dicukup dengan rapi
- Calon wanita perlu memakai pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing atau Two/Three Piece Suit. Sekiranya tidak bertudung, rambut hendaklah kemas dan tidak diwarnakan dengan warna selain warna rambut
Kegagalan calon hadir dengan ikut panduan tersebut mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temuduga ini.
SYARAT KELAYAKAN
Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja dipertimbangkan bagi jawatan ditawarkan: