Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

PDRM Laksanakan Sekatan Jalan Raya 24 Jam Di Seluruh Negara Bermula 22 November

Oleh Cikgu Shaari • November 23, 2022 • 1 min baca

PDRM Laksanakan Sekatan Jalan Raya 24 Jam Di Seluruh Negara Bermula 22 November
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Makluman buat rakyat Malaysia! Bermula 22 November 2022, PDRM telah mengadakan sekatan jalan raya (SJR) 24 jam di lokasi strategik seluruh negara sehingga suatu masa ditetapkan. SJR ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan ‘omnipresence’ atau kehadiran polis untuk menjamin keselamatan.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini telah keluarkan kenyataan media berhubung Sekatan Jalan Raya tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut makluman sekatan jalan raya oleh PDRM.

TARIKH SEKATAN JALAN RAYA

Sekatan jalan raya (SJR) secara penugasan 24 jam akan dilaksanakan di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah, di seluruh negara bermula:

  • Mulai 22 November 2022

TUJUAN SEKATAN JALAN RAYA

Langkah mendirikan Sekatan Jalan Raya ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk:

  • Mencegah jenayah melalui peningkatan tahap imnpresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak/ siang hari. Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutamanya di luar waktu puncak

Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.