Cara Mudah Hubungkan Kad ATM Maybank Ke Akaun Tabung Haji (TH). Lepas Ni Pasti Mudah Urusan Anda
Adakah anda pemegang akaun Tabung Haji yang aktif? Pasti ramai yang tidak tahu bahawa kita boleh hubungkan akaun Tabung Haji (TH) ke kad ATM Maybank dengan menggunakan kad ATM yang sama sahaja. Ia akan memudahkan kehidupan harian anda tambahan lagi jika cawangan Tabung Haji di kawasan anda berada jauh dari rumah.
Baca juga: Cara Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI
Apabila anda menghubungkan akaun Tabung Haji ke akaun Maybank anda boleh melakukan transaksi akaun Tabung Haji seperti semakan baki dan pindahan menerusi mesin ATM/CDM serta secara online melalui Maybank2u.
Ini akan memudahkan anda dan menjimatkan masa kerana anda tidak lagi perlu pergi ke cawangan Tabung Haji di luar dan tunggu giliran untuk ke kaunter. Anda tidak lagi perlu terkejar dengan kekangan waktu pejabat untuk sebarang urusan.
Berikut adalah senarai perkhidmatan Tabung haji menerusi ATM dan Maybank2u yang anda boleh gunakan dan cara mudah untuk anda hubungkan kad ATM Maybank ke akaun Tabung Haji.
Isi Kandungan
SENARAI PERKHIDMATAN TH MENERUSI ATM DAN MAYBANK2U
Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan melalui mesin ATM Maybank dan juga secara online Maybank2u.com atau aplikasi telefon Maybank2u:
- Keluarkan duit tunai Tabung Haji menerusi ATM Maybank
- Deposit/ simpanan duit tunai ke akaun Tabung Haji menerusi CDM Maybank
- Pindahan wang (online transfer) antara Maybank dan Tabung Haji menerusi Maybank2u
- Pindah duit antara akaun Tabung Haji anda dan Tabung Haji pihak ketiga
- Semak baki akaun Tabung Haji melalui Maybank2u
- Pengaktifan (link) Kad ATM menerusi ATM Maybank
- Daftar Haji melalui Maybank2u
Setiap transaksi akan dicaj RM1 kecuali semakan baki, pengaktifan (link) kad ATM dan daftar haji (percuma
CARA HUBUNGKAN TABUNG HAJI MELALUI ATM MAYBANK
Mudah sahaja untuk anda hubungkan akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank iaitu hanya dengan mendaftar melalui kad ATM Maybank. Pendaftaran ini adalah percuma dan boleh dilakukan di mesin ATM Maybank.
Berikut adalah langkah-langkah mendaftar akaun Tabung Haji di ATM Maybank.
1.Masukkan Kad ATM Maybank Beserta Nombor Pin
2. Dalam Pilihan, Pilih Tabung Haji (TH)
3. Pilih Menu ”DAFTAR AKAUN TH KE ATM KAD”
4.Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji Anda Seperti Di Skrin
5. Kemudian Tekan Pilihan YA, Kemudian Nombor Akaun dan Nombor TH Anda Akan Dipaparkan
Siap! Selesai langkah itu, akaun Tabung Haji anda sedia berdaftar dengan akaun Maybank. Mudah kan?
Mudahkan urusan anda untuk menjimatkan masa terutama pada saat-saat gentir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kongsikan juga kepada rakan, keluarga dan orang lain untuk memudahkan urusan orang ramai juga. Selamat mencuba!