Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Panduan Keluar Mengundi Bagi Pesakit Covid-19

Oleh Cikgu Shaari • November 14, 2022 • 2 min baca

Panduan Keluar Mengundi Bagi Pesakit Covid-19
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Semua pengundi yang layak akan keluar mengundi pada 19 November termasuk pesakit dijangkiti Covid-19 yang layak. Namun pesakit Covid-19 perlu mematuhi beberapa langkah am bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar pada hari mengundi Sabtu ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat mengundi bagi memantau dan melicinkan urusan pengundian individu positif Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan pengundian buat pengundi yang dijangkiti Covid-19.

LANGKAH MENGUNDI PESAKIT COVID-19

Beberapa langkah am perlu diambil bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat dan mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain serta petugas di pusat pengundi.

Pemakaian Pelitup Muka

  • Diwajibkan bagi semua kes positif Covid-19
  • Amat digalakkan bagi pengundi lain

Pergi dan Balik Dari Pusat Pembuangan Undi

  • Pengundi positif Covid-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk grab
  • Pengundi positif Covid-19 hendaklah tidak singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi
  • Pengundi postif hendaklah pulang segera selepas selesai mengundi

Penggunaan Pensanitasi Tangan

  • Pastikan tangan dibersihkan dengan pensanitasi tangan di tempat yang dikenalpasti semasa mengundi
  • Membawa pensanitasi tangan sendiri adalah disyorkan

Penjarakan Fizikal

  • Pengundi positif Covid-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat . Manakala penjarakan fizikal bagi pengundi lain amat digalakkan

Petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat mengundi bagi membantu melicinkan urusan pengundian bagi pengundi positif COVID-19.

KKM menyarankan agar semua pengundi mematuhi arahan yang diberi agar proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berjalan dengan selamat dan sihat. Patuhi arahan petugas kesihatan semasa berada di tempat mengundi.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.