Tawaran Skim Dermasiswa RM5000 & Bantuan Sumbangan Komputer Riba Yayasan LTAT Dibuka

Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini membuka peluang permohonan Skim Dermasiswa Premium dan Skim Bantuan Sumbangan Komputer Riba buat anak-anak veteran ATM yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian tinggi di universiti terbaik dunia dan IPTA.

Permohonan bagi anak veteran yang berkelayakan boleh dibuat dengan menghantar borang permohonan yang lengkap diisi ke lokasi yang dinyatakan. Pastikan permohonan dihantar dalam tempoh permohonan dibuka, iaitu sehingga 15 November 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SKIM BANTUAN DITAWARKAN OLEH YAYASAN LTAT

Skim Dermasiswa Premium oleh Yayasan LTAT merupakan bantuan secara one-off bernilai RM5,000 kepada anak veteran ATM yang berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda ke 100 Universiti Terbaik Dunia bagi kemasukan Tahun 2022.

Skim Bantuan Sumbangan Komputer Riba oleh yayasan LTAT merupakan sebahagian Inisiatif Pendidikan ATM yang diberikan kepada anak-anak Veteran ATM yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Bagi kemasukan Tahun 2022.

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

Skim Dermasiswa Premium

  • Anak Veteran ATM yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) dan yang setaraf bagi kemasukan Tahun 2022 di 100 Universiti Terbaik Dunia

Skim Bantuan Sumbangan Kpmuter Riba

  • Terbuka kepada anak Veteran ATM yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) di IPTA bagi kemasukan Tahun 2022
  • Kemasukan melalui STPM/ Matrikulasi atau Asasi
  • Tidak pernah menerima sebarang bantuan komputer riba dari mana-mana pihak

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Veteran
  • Salinan MyKad Pasangan
  • Salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen Terkini Pemohon
  • Salinan Penyata Gaji Terkini Pasangan (bagi yang bekerja)
  • Salinan MyKad Pelajar (anak yang memohon)
  • Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPTA
  • Salinan Transkrip Akedemik terkini

CARA MOHON

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 November 2022 (Selasa). Permohonan mestilah dihantar dalam tempoh permohonan dibuka dengan sertakan dokumen-dokumen dinyatakan di atas bersama borang permohonan yang boleh dimuat naik di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN YAYASAN LTAT

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi atau Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Negeri.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-2050 8017 atau mana-mana
Pejabat JHEV Cawangan Negeri. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan dari panel penilai Yayasan LTAT.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma