Terkini: 16 Stesen LRT Dari Stesen Kelana Jaya Hingga Ampang Park Ditutup 7 Hari Mulai 9 November
Perhatian buat pengguna pengangkutan awam! Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung 7 hari bermula pukul 6 pagi tadi selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Height.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut stesen terlibat dan tempoh penutupan.
Isi Kandungan
16 STESEN TERLIBAT GANGGUAN PERKHIDMATAN LRT
Berikut adalah 16 stesen LRT yang TIDAK BEROPERASI bermula 9 November hingga 15 November 2022:
- Kelana Jaya
- Taman Bahagian
- Taman Paramount
- Asia Jaya
- Taman Jaya
- Universiti
- Kerinchi
- Bangsar
- Abdullah Hukum
- KL Sentral
- Pasar Seni
- Masjid Jamek
- Dang Wangi
- Kampung Baru
- KLCC
- Ampang park
LRT LALUAN KELANA JAYA BEROPERASI HINGGA 11 MALAM
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Height.
Antara Stesen LRT yang beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam adalah:
- Gombak
- Taman Melati
- Wangsa Maju
- Sri Rampai
- Setiawangsa
- Jelatek
- Dato Keramat
- Damai
- Lembah Subang
- Ara Damansara
- Glenmarie
- Subang Jaya
- SS15
- SS18
- US7
- Tapian
- Wawasan
- USJ21
- Alam Megah
- Subang Alam
- Putra Height
Pihak Rapid Rail akan berusaha untuk menyelesaikan masalah rumit ini dalam masa tersingkat. Perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan bagi menampung penumpang dan mengurangkan kesesakan di stesen-stesen yang terjejas.
Punca gangguan kepada komponen elektronik Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) pada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih belum dapat dikenal pasti. Gangguan tersebut yang mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.