Permohonan Pembetulan Maklumat Pemilih Kepada SPR Jika Terdapat Kesilapan

Dah cukup umur untuk mengundi? Jika sudah, jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan daftarlah sebagai pengundi sekarang! Sekarang ini sudah tidak perlu pergi pejabat pos untuk mendaftar sebagai pengundi. Boleh dilakukan di rumah sahaja melalui sistem MySPR Daftar dengan langkah mudah.

Kenapa perlu mendaftar sebagai pengundi? Kerana anda berhak untuk buat pilihan dan menyokong yang terbaik. Jika anda sudah mendaftar mengundi sebelum ini, anda patut buat semakan daftar pemilih dan pusat mengundi anda.

Untuk makluman anda, jika terdapat kesialapan pada maklumat peribadi, permohonan pembetulan boleh dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR

Semakan status daftar pemilih SPR boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu online ataupun pesanan ringkas SMS.

PEMBETULAN TERLIBAT

Pembetulah maklumat ini melibatkan:

  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor perkhidmatan tentera/ polis
  • Nombor kad pengenalan lama
  • Nama
  • tarikh Lahir
  • Jantina
  • Agama
  • Nama yang didaftarkan dalam bahagian pilihan raya yang salah

PEMOTONGAN NAMA PEMILIH

SPR akan memotong nama pemilih yang hilang kelayakan iaitu:

  • Disahkan meninggal dunia
  • Disahkan hilang taraf kewarganegaraan

KAEDAH PERMOHONAN

Kemuka tuntutan jika masih dalam tempoh semakan Daftar Pemilih tambahan (DPT). Permohonan pembetulan maklumat pemilih boleh dibuat melalui beberapa kaedah berikut:

  • Hotline SPR: 03 8892 7018

Aduan boleh dibuat melalui:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma