“Cerita Perkara Lain Tentang Diri Anda”. Ini Contoh Jawapan Yang Sesuai Jika Ditanya Dalam Temuduga

Kemungkinan semasa akhir temuduga anda akan mendapat soalan seperti di atas. Majikan mungkin meminta anda untuk berkongsi apa sahaja perkara yang berkaitan mengenai anda yang perlu mereka ketahui.

Sekiranya anda telah menceritakan semua kemahiran dan pengalaman anda kepada penemuduga, anda boleh mempertimbangkan untuk tidak menjawab soalan ini. Nyatakan bahawa anda telah menjawab soalan yang mereka perlukan dengan baik dan sopan.

Anda juga boleh menutup temuduga dengan menyatakan bahawa anda sangat berminat untuk bekerja di syarikat tersebut dengan kemahiran dan pengalaman anda.

CONTOH JAWAPAN TERBAIK

Berikut adalah beberapa contoh jawapan yang  boleh anda sesuaikan dengan pengalaman dan latar belakang peribadi anda :

Contoh 1

Saya telah menceritakan segala kelebihan saya seperti melakukan tugas dengan teliti, mempunyai kemahiran menulis, membuat pembentangan dan kemahiran komputer saya. Tetapi saya juga mempunyai kemahiran untuk meyakinkan orang lain.

Contohnya, saya berjaya meyakinkan pelabur di syarikat saya untuk menaja larian amal yang dianjurkan oleh syarikat.

Calon ini menunjukkan keberanian ketika menyatakan kekuatan peribadinya yang belum diceritakan ketika temuduga beserta contoh untuk menyokong pernyataan.

Contoh 2

Saya juga mempunyai kemahiran dalam bidang reka bentuk web. Saya juga membuat pekerjaan sambilan dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh syarikat SpiderCoach Sdn Bhd untuk mereka laman web baru kepada pelanggan.

Pelanggan sangat gembira dengan reka bentuk saya dan menghantar surat kepada CEO mereka dan memuji hasil kerja saya. Saya mahir dengan beberapa platform reka bentuk web, termasuk Squarespace, Webflow, dan Wix.

Kemahiran ini adalah sesuatu yang ingin saya bawa ke dalam syarikat anda.

Jawapan ini dirancang untuk “menambah nilai” kepada perkara yang ditawarkan oleh calon kepada majikan (dalam hal ini, kemahiran reka bentuk web).

Walaupun reka bentuk web bukan kemahiran yang diperlukan secara khusus dalam senarai pekerjaan, itu adalah bakat tambahan yang berguna yang tidak akan dimiliki oleh semua pemohon lain.

Sebilangan besar calon yang berjaya dalam temuduga mempunyai kelayakan utama untuk pekerjaan tersebut. Ini adalah langkah strategik yang baik untuk menerangkan kemahiran “tambahan” yang dapat anda bawa kepada majikan.

Contoh 3

Saya rasa kemahiran yang dinyatakan telah merangkumi sejumlah pengalaman kerja saya yang menjadikan saya calon yang sesuai untuk jawatan ini. Ini termasuk pengalaman mengajar selama sepuluh tahun, pengalaman pentadbiran dan kemahiran komunikasi saya.

Saya juga mempunyai pengalaman menjalankan program afterschool untuk remaja. Berdasarkan pekerjaan saya sebelumnya, saya mengetuai dua program afterschool yang mempunyai dua puluh lima orang pelajar. Saya sangat gembira sekiranya diberi peluang bekerja di sini.

Jawapan ini sangat berkesan kerana calon mempunyai pengalaman lebih 10 tahun. Calon juga  memberikan contoh tambahan pengalaman masa lalu yang berguna dan relevan serta menyatakan semangatnya untuk jawatan yang akan ditawarkan.

PANDUAN MEMBERI JAWAPAN TERBAIK

Siapkan senarai 8 hingga 10 kelebihan anda

Buat senarai kelebihan dan kemahiran yang ada untuk diitawarkan kepada syarikat. Senaraikan kelebihan anda termasuk kemahiran ‘Soft Skill’ yang ada. Nyatakan juga pencapaian, bidang pengetahuan, pengalaman atau kualiti peribadi yang akan membantu anda memenuhi kelayakan untuk pekerjaan tertentu ini.

Bersedia untuk memberikan contoh

Berikan contoh daripada pekerjaan, aktiviti sukarelawan atau sejarah akademik anda yang membuktikan bahawa anda telah memberi kelebihan kepada syarikat lain dengan menerapkan kemahiran tersebut pada masa lalu.

Dapatkan maklumat syarikat

Anda boleh mendapatkan maklumat untuk mengetahui budaya korporat serta misi syarikat. Senaraikan kelebihan anda yang dan sesuaikan dengan budaya syarikat dan masukkan ke dalam jawapan anda.

PERKARA YANG TIDAK PERLU DIKATAKAN

Mengatakan “tidak ada” kepada soalan

Sekiranya anda gugup atau tidak tahu menjawab soalan ini elakkan terus mengatakan ‘tidak ada’. Ini menyebabkan penemuduga menganggap anda tidak berminat dengan kerja dan syarikat. Sebagai gantinya, nyatakan keinginan anda untuk ditawarkan pekerjaan.

Apa anda mahu

Elakkan daripada membincangkan hal gaji atau faedah syarikat kepada anda. Tumpukan kepada apa yang harus anda berikan kepada majikan.

Terlalu banyak maklumat peribadi

Elakkan daripada menyebutkan hal politik, agama, atau hobi peribadi yang mungkin menyebabkan anda meminta banyak cuti. Dikhuatiri majikan tidak bersetuju dengan gaya hidup anda yang dianggap akan menganggu tugasan anda ketika bekerja nanti.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjawab soalan “Ceritakan perkara lain mengenai diri anda” dengan lebih relevan.

Semoga bemanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma