Panduan Pembelian Tiket KTM Tanpa Tunai Melalui Mesin Kios Tiket
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) pada tahun 2018 dengan inisiatif baharu telah mewujudkan kemudahan kios layan diri iaitu KTMB ONLINE TICKET KIOSK, khas untuk aktiviti pembelian tiket perjalanan bagi perkhidmatan tren ETS dan Intercity.
Kaedah baharu itu adalah tambahan kepada sistem pembelian tiket KITS sebelum ini iaitu pembelian melalui kaunter, secara dalam talian dan menggunakan aplikasi KTMB Mobile
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan lengkap membuat pembelian tiket tanpa tunai melalui kios KTMB.
Isi Kandungan
TUJUAN PENGENALAN KTMB KIOS
Tujuan utama kios layan diri secara atas talian (online) ini diwujudkan adalah bagi memberi keselesaan dan tambahan kemudahan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan tiket perjalanan perkhidmatan ETS dan Intercity terutamanya bagi mengelakkan kesesakan di kaunter tiket semasa musim perayaan.
PEMBELIAN TIKET KTMB MELALUI KIOS
Para penumpang yang ingin membuat pembelian pada hari perjalanan melalui kios ini perlu membuat pembelian tiket selewat-lewatnya empat (4) jam sebelum tren dijadualkan berlepas dan had maksima pembelian tiket adalah enam (6) tiket sahaja dalam satu transaksi.
Para pelanggan boleh membeli tiket-tiket perjalanan bagi perkhidmatan ETS dan Intercity melalui kios layan diri ini KECUALI tiket perjalanan bagi perkhidmatan tren Shuttle Timuran.
KAEDAH PEMBAYARAN DI KIOS KTMB
Selain itu, transaksi pembayaran bagi pembelian melalui kios atas talian adalah melalui:
- Visa
- Master
- Maybank2u
- MyBSN
- iPay88
PANDUAN PEMBELIAN TIKET MELALUI KIOS KTMB
Pembelian tanpa tunai dengan mesin kios tiket KTMB boleh dibuat dengan mengikut panduan berikut:
- Masukkan butiran perjalanan anda
- Imbas MyKad anda
- Imbas kad bank anda
- Tunggu sehingga tiket anda dicetak
Siap! Mudah dan selamat dengan kios tiket. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi KTM Berhad di www.ktmb.com.my, twitter di @ktm_berhad dan hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200.