Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Malaysia Antara 10 Negara Yang Terlibat Peningkatan Gaji Pekerja Tahun 2023

Oleh Cikgu Shaari • October 31, 2022 • 2 min baca

Malaysia Antara 10 Negara Yang Terlibat Peningkatan Gaji Pekerja Tahun 2023
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Malaysia adalah antara 10 negara di dunia yang dijangka mencatatkan peningkatan gaji benar pada tahun depan, demikian mengikut laporan terkini perunding tenaga kerja, ECA International (ECA).

Mengikut laporan Laporan Trend Gaji terkini ECA itu, Malaysia dijangka mencatatkan peningkatan gaji benar sebanyak 2.2 peratus pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut peningkatan gaji pekerja di 10 negara terlibat bagi tahun 2023.

10 NEGARA YANG MENCATATKAN KADAR GAJI TINGGI TAHUN 2023

Antara 10 negara yang dijangka mencatatkan kadar gaji benar yang tinggi pada 2023 adalah:

  1. India (4.6 peratus)
  2. Vietnam (4.0 peratus)
  3. China (3.8 peratus)
  4. Brazil (3.4 peratus)
  5. Arab Saudi (2.3 peratus)
  6. Kemboja (2.2 peratus),
  7. Malaysia (2.2 peratus)
  8. Thailand (2.2 peratus)
  9. Oman (2.0 peratus)
  10. Russia (1.9 peratus).

PENINGKATAN GAJI PEKERJA DI MALAYSIA

Mengikut laporan Laporan Trend Gaji terkini ECA itu, Malaysia dijangka mencatatkan peningkatan gaji benar sebanyak:

  • 2.2 peratus pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi dan kelima tertinggi di Asia Pasifik.

Perkiraan gaji benar itu adalah berdasarkan pertumbuhan gaji nominal ditolak dengan kadar inflasi.

Pengarah Serantau – Asia ECA, Lee Quane dalam satu kenyataan berkata, secara keseluruhan, pekerja di banyak lokasi ASEAN akan melihat pertumbuhan gaji benar pada 2022 dan 2023.

Beliau berkata, pekerja yang berpangkalan di Vietnam mendapat manfaat mempunyai kadar pertumbuhan gaji benar kedua tertinggi tahun ini di rantau ini dan dijangka mencatatkan sekali lagi pada 2023.

“Pekerja di lokasi lain, seperti Malaysia dan Indonesia, juga akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan yang kukuh gaji benar dalam kedua-dua tahun,” katanya.

Laporan trend pendapatan tahunan yang dikeluarkan ECA itu menganalisis kenaikan gaji semasa dan gaji jangkaan di 68 negara dan bandar di seluruh dunia.

ECA ialah penyedia maklumat, perisian dan kepakaran terkemuka dunia untuk pengurusan dan penugasan pekerja di seluruh dunia.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.