Tawaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia Untuk Kemudahan Pembelajaran & Urusan Harian
Sebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan dua pakej baharu bagi membantu pelajar memperoleh akses internet selain membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki peranti pintar.
Menurut menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa, dua pakej baharu itu melibatkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia menawarkan kemudahan internet serta Pakej Keluarga Malaysia bagi memiliki peranti mampu milik.
Adakah anda berumur antara 13 hingga 21 tahun? Jika ya, anda layak memohon Pakej Remaja Keluarga Malaysia di reruai (booth) K19 K-KOMM sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Pahang.
Isi Kandungan
PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA
Golongan remaja dapat memanfaatkan kemudahan untuk pembelajaran serta urusan seharian.
- Remaja atau pelajar yang berumur 13 hingga 21 tahun layak memohon
- Pakej prabayar RM30 dengan 20GB untuk 3 bulan (50% lebih murah berbanding pakej sedia ada)
- 30GB data percuma sebulan untuk 3 bulan bagi aktiviti produktiviti (1HGB setiap hari)
- Internet asas tanpa had
TAWARAN PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA
Adakah anda berumur antara 13 hingga 21 tahun? Jika ya, anda layak memohon Pakej Remaja Keluarga Malaysia di lokasi pada tarikh berikut:
- Tempat: Pusat Konsensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC)
- Lokasi: Reruai (booth) K19 K-KOMM sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Pahang
- Tarikh: 28 Oktober hingga 30 Oktober 2022
- Masa: 9 pagi hingga 6 petang
SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TERLIBAT
Pakej Remaja Keluarga Malaysia ini ditawarkan oleh:
- Celcom
- Digi
- Maxis
- U Mobile
- Telekom Malaysia
- YTL
PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA
Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan pelan prabayar khusus untuk:
- Golongan remaja
- Pelajar termasuk pascasiswazah
Menerusi pakej ini, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti:
- Penghantaran mesej
- Melayari internet
- Pembelajaran dalam talian
- Aktiviti hiburan