Tawaran Program Mahir Industri Graduan Tajaan Penuh Kerajaan, Elaun Bulanan Disediakan

Berminat nak belajar kemahiran baharu?TATI SKILLS dengan tajaan penuh kerajaan Malaysia ingin mempelawa lepasan graduan berumur 21 hingga 30 tahun yang berminat ikuti kursus latihan di Pusat Latihan Kemahiran TATI yang kini dibuka bagi pengambilan November 2022.

Permohonan bagi mengikuti pelbagai kursus ditawarkan dibuka buat graduan dengan kelayakan Diploma atau Ijazah di IPTA/ IPTS yang berminat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT KURSUS

  • Nama program: Program Mahir Industri Graduan
  • Anjuran: Pusat Latihan Kemahiran TATI
  • Tempoh kursus: 2 bulan
  • Mula kursus: 7 November 2022

KURSUS DITAWARKAN

Pengambilan di Pusat Latihan Kemahiran TATI (TATI Skills) kini dibuka bagi kursus-kursus:

  • PLC Technology
  • Integrated Tooling Process

KEISTIMEWAAN PROGRAM

Antara kelebihan mengikuti program ini adalah:

  • Program Tajaan Penuh Dari Agensi Kerajaan Malaysia
  • Elaun sara hidup RM350 sebulan
  • Persijilan dari badan-badan profesional
  • Tajaan meliputi penginapan asrama di kampus UCTATI
  • Kursus secara Hands-On: 80% Praktikal & 20% Teori

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Had umur 21 – 30 tahun
  • Graduan Diploma dan/ atau Ijazah dalam bidang Kejuruteraan/ Teknologi
    – IPTA atau IPTS boleh memohon
    – Pemohon yang tamat pengajian tetapi belum mendapat skrol/ sijil boleh memohon

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh terus hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Pn Lisa: 019 343 9987

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma