Tawaran Program Kemahiran Belia Pulau Pinang, Pelbagai Kemudahan Disediakan

Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) akan menganjurkan Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia dengan tajaan penuh oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP buat belia yang berminat nak tingkatkan kemahiran dan dapat penempatan kerja.

Pelbagai kemudahan disediakan kepada belia yang berminat mengikuti latihan yang ditawarkan. Terdapat 2 jenis kursus yang ditawarkan kepada belia yang berkelayakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bagi mengikuti Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 31 Oktober 2022

KURSUS DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan adalah:

  • Mobine Crane
    Tempoh pengajian: 3 bulan
  • hydraulic Excavator
    Tempoh pengajian: 2 bulan

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan disediakan keada calon yang berjaya mendapat penempatan latihan adalah:

  • Penginapan
  • Makan minum
  • Elaun
  • Pakaian keselamatan
  • Kad personel binaan

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Bermastautin di Pulau Pinang
  • Lelaki dan Beragama Islam
  • Berumur 21 hingga 35 tahun dan mempunyai lesen memandu kelas D
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4850 sebulan (B40)
  • Tiada rekod saman, jenayah dan penyalahgunaan dadah
  • Sihat tubuh badan
  • Berminat untuk bekerja selepas tamat latihan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan kursus ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program latihan ditawarkan, anda boleh hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang di talian berikut:

  • 04549 8125/ 8155

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma