Kenali Jenis-Jenis Panadol Serta Fungsi Setiap Panadol Ini, Jangan Tersalah Makan Pula

Merujuk portal antarabangsa webmd.com, panadol secara amnya digunakan untuk mengubati sakit-sakit ringan sehingga sederhana seperti sakit kepala, senggugut, sakit gigi, sakit belakang, osteoartritis, selesema dan mengurangkan demam. Panadol (nama brand) atau paracetamol (PCM) dipanggil acetaminophen di Amerika Syarikat.

Rupanya masih ramai yang tak tahu ada beberapa jenis panadol di pasaran serta kegunaan bagi setiap jenis panadol tersebut. Jangan tersalah guna ya! Pastikan anda tahu fungsi setiap jenis panadol yang ada untuk mengelakkan tersalah guna.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jenis-jenis panadol serta fungsinya.

JENIS-JENIS PANADOL & KEGUNAANNYA

Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)

Lazimnya kita tahu actifast ni fungsinya lebih kuat sedikit berbanding Panadol biasa kerana ia diserap dua kali lebih pantas ke dalam darah.

Panadol Actifast sesuai digunakan untuk:

  • melegakan demam sakit yang tidak serius seperti sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit otot dan sendi, senggugut, sakit radang sendi, sakit gigi, untuk ketidakselesaan disebabkan selesema dan sakit tekak.

Jadi, kita akan dapat merasakan kesannya dengan lebih cepat kerana kandungan sodium tinggi.

Nota: Panadol Actifast TIDAK SESUAI untuk pesakit darah tinggi. Penggunaannya hanya 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

Panadol Optizorb (PCM 500mg)

Optizorb menggunakan formula teknologi baru yang mempunyai alginic acid dan calcium carbonate. Alginic acid bertindak menyerap air dan mengembang. Manakala, calcium carbonate bertindak balas dengan asid dalam perut yang mana boleh mempercepatkan larutan ubat dalam perut.

Panadol Optizorb ini membantu:

  • melegakan sakit kepala, migrain, sakit tekak, demam dan sakit gigi
Kelebihan: Pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet

Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)

PCM dan kafein digunakan untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat. Sesuai untuk masalah:

  • sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain.
Nota: Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana mempunyai kandungan kafein.

Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)

Sesuai digunakan oleh pesakit yang sukar untuk menelan ubat jenis tablet. Penggunaan panadol ini adalah untuk menangani masalah selesema.

Mudah sahaja, caranya, hanya larutkan ubat dalam satu gelas air.

Memandangkan PCM ini mempunyai kandungan sodium yang tinggi, ia tidak sesuai untuk penghidap darah tinggi.

Panadol Menstrual (PSCM 500mg, Pamabrom 25mg)

Ia digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid.

Ini kerana pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh menyingkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.

Panadol Extend (PCM 665mg)

PCM ini mempunyai dua lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubatnya akan lebih lama iaitu menjangkau lapan jam dan ia sesuai untuk pesakit kronik. Panadol ini sesuai untuk kegunaan:

  • Sakit otot, sakit sendi dan seumpamanya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai membezakan jenis-jenis panadol yang ada serta kegunaan setiap jenis ini.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma