Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Perak
Permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Negeri Perak Tahun 2023 di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kini dibuka buat warganegara Malaysia yang merupakan lepasan sekolah rendah tahun 2022 dan berumur 13 tahun pada tahun 2023.
Permohonan dibuka kepada calon yang berkelayakan dan memperolehi sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK. Pastikan anda buat permohonan sepanjang tempoh dibuka melalui sistem permohonan e-smanperak.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan panduan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Perak.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan kemasukan pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 27 Oktober 2022 hingga 30 November 2022
SENARAI SEKOLAH
Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak bagi kemasukan Tingkatan 1 adalah:
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
- Sekolah Izzudin Shah
- Sekolah Raja Perempuan Ta’Ayah
- Sekolah Menengah Raya Dr. Nazrin Shah
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
- SMTDR Daerah Manjung
- SMTDR Daerah Batang Padang
- SMTDR Daerah Kerian
- SMTDR Daerah Lenggong
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran kemasukan tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Perak adalah dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Memperolehi sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK 2021
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk daftarkan anak ke tIngkatan 1 Sekolah Menengah Agama Perak bagi tahun 2023, anda boleh buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka melalui laman web permohonan di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Perak, anda boleh hubungi:
- Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Perak
Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
3000 Ipoh Perak - Tel: 052084950/ 4951/ 4966/ 4949/ 4938