Tawaran Kemaskan ke Program Sijil Perikanan Malaysia Secara Percuma, Elaun Diberi

BY Cikgu Shaari // 19.10.2022 // 3 min baca

Tawaran Kemaskan ke Program Sijil Perikanan Malaysia Secara Percuma, Elaun Diberi
VISUAL.ARCHIVE // 2022

Akademi Perikanan Malaysia adalah satu bahagian di bawah Jabatan Perikanan Malaysia, bertempat di Chendering, Kuala Terengganu menawarkan pengajian peringkat sijil iaitu Program Sijil Perikanan yang bertempoh 2 tahun. Peluang kemasukan ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang berminat

Selepas tamat pengajian, anda akan dianugerahkan SIJIL PERIKANAN (SP) dan berpeluang memohon pekerjaan dalam sektor Perikanan (awam/swasta) selepas tamat latihan atau sambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi di universiti terpilih.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pengajian ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Sijil Perikanan Akademik Perikanan Malaysia
  • Anjuran: Jabatan Perikanan Malaysia
  • Pengambilan: Sesi 2023/2024
  • Tempat pengajian: Chendering, Kuala Terengganu
  • Tempoh pengajian: 2 tahun
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2022

PROGRAM SIJIL PERIKANAN

  • Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia.
  • Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada empat (4) aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.
  • Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skift melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan.
  • Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh MQA.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini ditawarkan adalah untuk:

  • Mengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenuhi tenaga kerja sektor kerajaan dan swasta.
  • Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.
  • Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.

PELUANG PEKERJAAN

Selepas tamat pengajian, anda akan dianugerahkan SIJIL PERIKANAN (SP) dan berpeluang memohon pekerjaan dalam sektor Perikanan (awam/swasta) selepas tamat latihan atau sambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi di universiti terpilih.

  • Usahawan Produk Perikanan
  • Pengurus Akuakultur
  • Penyelia Dalam Industri Perikanan
  • Usahawan Perikanan Laut Dalam

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan disediakan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian adalah:

  • Yuran Percuma
  • Penginapan Disediakan
  • Makan Minum Disediakan
  • Elaun Sara Diri RM200 sebulan
  • Fasiliti Sukan
  • Bilik Kuliah Yang Selesa

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada pelajar yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau hingga 45 tahun (bagi pegawai kerajaan).
  • Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut :
    – Lulus dalam Bahasa Melayu
    – Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.
  • Sihat tubuh badan.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Program Sijil Perikanan seperti ditawarkan dan berkelayakan seperti di atas, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 31 Oktober 2022. Permohonan boleh dibuat melalui laman permohonan di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

AUTHOR_PROFILE

Cikgu Shaari

Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

JANGAN JADI
BIASA.