Pengambilan Pelajar Baharu Kemasukan Asrama Darul Kifayah MAIWP Dibuka

Kompleks Darul Kifayah di bawah naungan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan merupakan pusat penempatan sementara yang menyediakan kemudahan pendidikan dan asrama kepada anak-anak yatim piatu / yatim, anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Kompleks Darul Kifayah mempelawa dan menawarkan kepada mereka yang berkelayakan bagi kemasukan baru sesi pengambilan tahun 2023/2024.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut syarat kemasukan ke Asrama Darul Kifayah dan panduan buat permohonan.

Isi Kandungan

SYARAT KEMASUKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam.
  • Berusia di antara 11 tahun hingga 17 tahun pada tahun 2022.
  • Sihat tubuh badan, mental dan fizikal.
  • Anak-anak yatim / anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru.
  • Masih bersekolah dan mempunyai pendidikan akademik yang baik.
  • Mempunyai tingkah laku dan akhlak yang baik.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah / salahlaku akhlak.

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan umum seperti berikut:

  • Pemohon adalah dari kalangan anak-anak yatim / anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru yang berumur di antara 11 tahun hingga 17 tahun untuk mengisi kekosongan di Asrama Kompleks Darul Kifayah.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk daftar ke Asrama Darul Kifayah MAIWP dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di bawah:

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN DARUL KIFAYAH MAIWP

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan seperti alamat yang tertera di atas beserta dengan salinan dokumen yang berikut:

  • Satu salinan sijil kelahiran / kad pengenalan pemohondan Ibu / Bapa / Penjaga
  • Satu salinan sijil kematian ibu/ bapa atau sijil perceraian atau Pengislaman
  • Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun
  • Satu salinan sijil peperiksaan UPSR / UPSRA / UPKK / PMR
  • Satu salinan slip gaji ibu / bapa / penjaga.

Penempatan adalah terhad, pastikan anda buat permohonan selewat-lewatnya 15 November 2022. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Tel: 03 6188 4844/ 011 4091 3372
  • Alamat: Darul Kifayah, Lot 5266, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, 68100 Kuala Lumpur

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma