Senarai Dokumen Diperlukan Untuk Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
Berita baik buat graduan, siswazah yang bakal bergraduasi dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda! Perdana Menteri pada 27 Julai 2022 telah memaklumkan akan memberi semula pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada siswazah Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama mulai 2019.
3.67 juta Keluarga Malaysia telah dibantu bagi teruskan pengajian dengan keseluruhan pinjaman berjumlah RM66.87 bilion sehingga kini. Pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut senarai dokumen diperlukan untuk mohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN.
Isi Kandungan
SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN
Dimaklumkan bahawa peminjam yang layak membuat permohonan pengecualian bayaran balik, anda perlu menyediakan dokumen sokongan bagi tujuan muat naik dokumen semasa proses permohonan dilakukan.
Berikut adalah senarai dokumen diperlukan untuk mohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN:
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS)
- Surat pengesahan Kelas Pertama pada Ijazah
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada Ijazah/ transkrip)
Baca juga: Syarat CGPA Yang Layak Dapat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengikut Universiti
PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Seperti dimaklumkan, pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN akan memberi manfaat kepada:
- Pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama yang bergraduasi bermula 2019
- Keistimewaan ini diberi tidak mengira status ekonomi, bangsa dan agama
Pengenalan semula pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN ini adalah sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.
Semak syarat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN di bawah: