HR ini Kongsi Tips Resume Buat Fresh Graduate Yang Tiada Pengalaman Kerja

Bila sebut sahaja ‘Fresh Graduate’ pasti ramai yang membayangkan susah dapat kerja. Mungkin sebab pengalaman kerja tidak ada menyebabkan ramai berfikiran begitu. Sebenarnya tanggapan itu salah, fresh graduate pun senang dapat kerja jika ikut cara yang betul! Selain usaha, ada beberapa perkara yang graduan perlu tahu dalam memohon kerja.

Langkah pertama untuk mohon kerja adalah hantar resume. Jangan fikir anda sahaja yang mohon, pasti ada calon lain juga! Jadi, anda mestilah hasilkan resume yang dapat menarik perhatian majikan untuk bersaing dengan calon lain. Macam mana nak impress majikan dengan resume?

Melalui laman Twitter, seorang HR ini kongsikan tips resume untuk fresh graduan yang tiada pengalaman kerja.

TIPS RESUME FRESH GRADUATE TIADA PENGALAMAN

Tulis Pencapaian Dekat Universiti

Sebab itulah penting untuk ada pencapaian semasa di universiti. Sekiranya anda pernah memegang sebarang jawatan dalam kelab, persatuan atau sebagainya masukkan sahaja. Termasuk juga pencapaian seperti menang pertandingan atau sebagainya.

Part Time/ Freelance

Tak kerja tapi pernah buat part time? Masukkan sahaja pengalaman part time anda dalam resume. Dalam huraian tersebut anda terangkan tugasan yang berkaitan terutama berkaitan dengan pengurusan. Namun pastikan anda masukkan kerja part time yang bersesuaian sahaja.

Penglibatan Dalam Sukan

Kebanyakan budak universiti pasti akan terlibat dengan sukan kan? Tak semestinya kena menang baru anda nak jadikan sebagai “pencapaian”. Jika tak menang pun anda masukkan sahaja dalam resume sebagai tanda anda aktif penglibatan dalam sukan.

Penglibatan Untuk Program Society

Ini biasa ada dalam subject pembelajaran kan? Anda boleh masuk juga dalam resume. Tulis peranan, apa tugasan yang anda buat. Jika anda terlibat dalam pengurusan majlis pun lagi bagus! Terangkan dalam resume juga kerana itu juga dikira pengalaman.

Aktiviti Sukarela

Bahagian ini jangan terlepas pandang, volunteer pun anda boleh masukkan dalam resume. Ini juga sebahagian dari penglibatan anda sepanjang jadi pelajar. Point ini boleh meningkatkan nilai positif diri anda! Pasti majikan pun suka bila anda calon yang suka buat kerja sukarela.

“Actually company kalau dah hired untuk fresh graduate, mereka tak pun high expectation pun. Kalau mereka tulis point-point kat atas tu, itu adalah bonus untuk anda.”

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma