Tawaran Diploma Pascasiswazah Pendidikan Secara Dalam Talian Di UNITAR

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan ini direka untuk mereka yang telah menamatkan pengajian tinggi dan bercita-cita untuk menjadi pengajar profesional pada peringkat awal kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah mengengah atau institusi pengajian tinggi.

PDPP menyediakan kedua-dua pengajar berpengalaman dan baru dengan pelbagai persekitaran pendidikan yang mencabar. Di UNITAR, pelajar akan membina keupayaan untuk menjadi guru transformasi melalui asas teori dan keupayaan kritikal dalam membuat penilaian pedagogi dan keputusan, memberi kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pengajian ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.

MAKLUMAT PROGRAM PENGAJIAN

  • Nama program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
  • Institusi: United National Institute for Training and Research (UNITAR)
  • Tempoh pengajian: 4 Semester / 1 Tahun 3 bulan
  • Kaedah pengajian: Atas talian
  • Yuran: RM375 sebulan (RM6,000 jumlah keseluruhan)

STRUKTUR KURSUS

Berikut adalah Modul teras Program:

  • Philosophical Ideas in Education
  • Curriculum, Instructions and Assessment in Education
  • Psychology of Learning and Instruction
  • Technology in Education
  • Teaching Methodology
  • Management of School Discipline
  • Action Research
  • Teaching Practicum

PROSPEK KERJAYA

Lepasan program pengajian ini berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya berikut:

  • Guru Pra-Sekolah
  • Guru Sekolah Rendah / Sekolah Menengah
  • Pengetua
  • Tutor Persendirian di Rumah
  • Perunding Pendidikan
  • Guru Sekolah Rendah
  • Pembangun Kurikulum
  • Penyelidik

SYARAT KEMASUKAN

Tawaran dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50, seperti yang diterima oleh Senat UNITAR; ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima tertakluk kepada sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.
  • Syarat kemasukan untuk masuk ke program pascasiswazah (Tahap7, MQF) Melalui APEL seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KTP).
  • Warganegara Malaysia; DAN
  • Calon hendaklah berumur lebih dari 30 tahun pada tahun permohonan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan STPM/ Diploma/ A-Level/ setaraf;
  • Pengalaman kerja yang relevan / Pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu; DAN
  • Lulus Penilaian APEL

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk jadi pengajar dan ingin mengikuti program pengajian seperti ditawarkan, anda boleh buat permohonan sekarang melalui pautan berikut:

Hasil Pembelajaran Program (PLO) program ini adalah untuk menyediakan graduan yang mampu:

  • Program ini menyasarkan untuk melahirkan pengamal pendidikan yang inklusif, yang dapat mengharungi cabaran di dalam bilik darjah abad ke-21 ini dengan mengaplikasikan kaedah pengajaran inovatif untuk menyokong para pelajar dan memupuk kerjasama.
  • Refleksi kaedah pengajaran di dalam bilik darjah yang sistematik menyerlahkan ciri khas program pascasiswazah ini.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma