Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tiada Lagi SMS OTP, Maybank Beralih Sepenuhnya Ke Secure2u Mulai Jun 2023

Oleh Cikgu Shaari • September 28, 2022 • 2 min baca

Tiada Lagi SMS OTP, Maybank Beralih Sepenuhnya Ke Secure2u Mulai Jun 2023
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Maybank akan beralih sepenuhnya kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat melalui Secure2u menjelang Jun 2023 untuk aktiviti atau transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta perubahan kepada maklumat peribadi dan tetapan akaun.

Ini adalah selaras dengan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk bank berhijrah daripada Kata Laluan Satu Kali SMS (SMS OTP) kepada pengesahan yang lebih selamat untuk transaksi-transaksi ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemakluman peralihan sepenuhnya kaedah pengesahan Maybank SMS OTP kepada Secure2u.

TARIKH PELAKSANAAN PENGESAHAN SECURE2U SEPENUHNYA

Maybank akan beralih sepenuhnya kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat melalui Secure2u menjelang:

  • Jun 2023

TUJUAN PELAKSANAAN SECURE2U SEPENUHNYA

Pada masa ini, Maybank hanya membenarkan Secure2u untuk satu peranti bagi setiap pemegang akaun (setiap pelanggan) untuk meminimumkan kemungkinan butiran perbankan dalam talian pelanggan dikompromi atau digunakan oleh mana-mana pihak ketiga. S

ebagai langkah keselamatan tambahan, Maybank memaklumkan pelanggan melalui SMS, ‘push notification’ dan emel apabila Secure2u telah didaftarkan pada peranti baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata ini adalah sejajar dengan usaha bank untuk mengutamakan keselamatan simpanan dan transaksi perbankan dalam talian pelanggannya pada setiap masa.

KELEBIHAN MAYBANK SECURE2U

Antara kelebihan menggunakan Maybank Secure2u adalah:

  • Pengguna boleh buat transaksi melibatkan pembayaran bil melalui Maybank2u di samping untuk transaksi IBG serta transaksi sehingga RM5,000 ke atas ke akaun lain
  • Menyediakan keselamatan perbankan dalam talian yang lebih baik
  • Cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk mengesahkan transaksi
  • Pengesahan transaksi menggunakan Secure Verfiction (Pengesahan Selamat) atau Secure TAC (nombor TAC) enam digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih Maybank2u)

CARA DAFTAR SECURE2U MAYBANK

Untuk mengaktifkan Secure2u, pengguna perlu ikut langkah mudah yang dikongsikan di bawah:

PANDUAN MUDAH AKTIFKAN SECURE2U MAYBANK

TALIAN 24 JAM UNTUK LAPORAN INSIDEN PENIPUAN KEWANGAN

Selain itu, Maybank juga telah menyediakan talian hotline 24/7 khusus untuk pelanggan melaporkan insiden penipuan kewangan.

Pelanggan digesa untuk menghubungi talian hotline penipuan di +603 5891 4744 dengan kadar segera jika mereka mengesyaki butiran perbankan mereka telah terjejas atau telah berlaku transaksi yang mencurigakan atau sekiranya mereka ingin menggantung akaun bank mereka dengan pantas.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Maybank di 1 300 88 6688.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.