Berminat Nak Jadi Doktor? Selepas SPM, Ini Laluan Seterusnya Yang Anda Kena Ambil
Kerjaya sebagai doktor atau kerja dalam bidang perubatan ini adalah antara kerjaya yang dipandang mulia kerana mampu selamatkan ribuan nyawa. Walaupun nampak seperti kerjaya seorang doktor ini menarik, tetapi ramai tak tahu hakikatnya doktor bekerja dalam keadaan tekanan yang tinggi. Jadi jika anda nak jadi seorang doktor, pastikan anda betul-betul minat dengan kerjaya ini dan tetapkan matlamat yang betul!
Nak jadi seorang doktor ini bukan mudah ya kerana terdapat pelbagai tapisan dan penilaian yang harus dilalui sebelum anda mendapat pengiktirafan atau menjadi seorang doktor. Doktor juga terbahagi kepada beberapa bidang yang anda perlu tahu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bidang dan laluan kerjaya untuk jadi seorang doktor yang anda kena tahu.
Isi Kandungan
BIDANG KERJAYA DOKTOR
Secara umumnya peranan seorang doktor adalah menyembuh atau merawat orang-orang yang sakit. Namun anda kena tahu bahawa doktor di bahagikan kepada beberapa bidang berikut:
- Doktor am/umum : Memeriksa segala penyakit yang tidak terlalu serius . Maksudnya adalah penyakit lazim atau harian.
- Doktor Pakar : sekiranya ada penyakit yang serius akan dirawat oleh doktor pakar dahulu sebelum membuat apa-apa jenis prosedur selanjutnya.
- Doktor bedah : sebuah bidang rawatan perubatan yang luas yang melibatkan pemotongan tubuh badan, sama ada tubuh manusia ataupun binatang, bagi tujuan khusus seperti untuk membuang tisu yang tidak sihat, ataupun untuk memperbaiki tisu yang rosak atau koyak.
- Doktor Gigi : berkaitan dengan segala jenis gigi untuk dirawat.
Baca juga: Nak Jadi Seorang Pensyarah Tetapi Tak Tahu Caranya? Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu
LALUAN KERJAYA UNTUK JADI SEORANG DOKTOR
Bermula Peringkat SPM
Untuk menjadi doktor, bermula dari keputusan SPM, anda harus skor straight A didalam kesemua subject bagi melayakkan diri anda untuk mengambil A Level atau asasi perubatan dan dapat peluang melanjutkan pelajaran dalam keadaan ditaja.
Sambung Pengajian Peringkat Asasi
Bagi yang ingin study di oversea, ambillah A level, bagi yang sudah ada target universiti tempatan, anda boleh ambil asasi (foundation) di universiti tersebut, seperti contoh Asasi Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pilihan Matrikulasi (Kos Perubatan) Untuk Dapat Kelayakan Ke Universiti
Kalau tak skor straight A pun jangan risau, anda ada pilihan matrikulasi. Disana, anda perlu skor CGPA 4.00 (tertakluk kepada syarat kelayakan university), untuk memlilih kos perubatan. Terdapat banyak universiti awam, swasta dan luar negara yang menawarkan kos perubatan. Pastikan universiti atau kos itu diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Jika tak, rugi wang dan masa. Sudah habis berpuluh ribu, sekali pulang ke tanah air, sijil anda tak diiktiraf.
Pengajian 5 Tahun Dalam Bidang Perubatan
Untuk laluan kerjaya doktor seterusnya, setelah menamatkan pengajian selama 5 tahun dalam bidang perubatan, anda perlu berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Sementara.
Latihan Sebagai Housemanship Officer (HO) Di Hospital Diiktiraf
Kemudian anda perlu menjalankan latihan sebagai Housemanship Officer (HO) di hospital yang diiktiraf oleh Medical Qualifying Board.
Berdaftar Dengan MMC & Berkhidmat 3 Tahun Sebagai MO
Setelah lulus housemanship, anda perlu berdaftar dengan MMC untuk mendapatkan sijil kelayakan berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan. Anda perlu berkhidmat selama minimum 3 tahun sebagai Medical Officer (MO) di hospital kerajaan barulah anda diiktiraf sebagai doktor perubatan yang bertauliah.
Baca juga: Berminat Nak Jadi Guru? Ini 12 Laluan Mudah Untuk Anda Jadi Guru Sekolah
BERMINAT NAK JADI DOKTOR PAKAR?
Bagi yang berminat untuk menjadi specialist atau doktor pakar, setelah lengkap anda berkhidmat lebih dari 3 tahun di hospital kerajaan, anda bolehlah melanjutkan pelajaran diperingkat master dalam bidang kepakaran yang diingini.
Bukan semua universiti menawarkan bidang kepakaran diperingkat master. Anda perlu semak semula kos-kos yang ditawarkan di universiti pilihan. Setelah lulus pengajian di peringkat master, anda perlu bekerja dahulu dalam bidang tersebut minimum 2 tahun, barulah anda diiktiraf sebagai doktor pakar.
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, sijil-sijil yang berkaitan, anda boleh merujuk pada website MMC (http://www.mmc.gov.my/).