BKM: Status Permohonan Lulus, Tetapi Status Rayuan Tidak Lulus? Ini Maksudnya

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Dalam tempoh permohonan rayuan dibuka sebelum ini, pasti yang ramai buat rayuan kan? Hasil daripada perhatian didapati ramai yang buat rayuan sedangkan permohonan sebelum ini telah diluluskan dan telah pun terima bayaran BKM sebelum ini seperti dijadualkan. Namun bila permohonan rayuan tidak lulus, apa jadi?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maksud status permohonan lulus tetapi permohonan rayuan tidak lulus.

MAKSUD STATUS PERMOHONAN LULUS, PERMOHONAN RAYUAN TIDAK LULUS

Sekiranya anda mendapati status permohonan anda lulus, tetapi permohonan rayuan tidak lulus, ini maksudnya:

  • Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/ pasangan tiada perubahan dan kelayakan BKM adalah sama seperti permohonan asal

Apa maksud status tersebut? Maknanya permohonan ASAL anda telah diluluskan dan anda memang merupakan penerima BKM mengikut kategori yang betul. Namun permohonan rayuan yang anda buat TIDAK LULUS.

Jangan risau, anda masih menerima bayaran BKM mengikut bayaran seperti yang diluluskan sebelum ini. Tidak perlu pun buat permohonan rayuan sekiranya permohonan anda telah diluluskan.

Baca juga: Cara Cek Bayaran BKM Masuk Akaun Bank Sendiri Atau Pasangan

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN DITERIMA

Anda boleh semak jumlah bayaran setiap fasa yang diterima seperti biasa ya. Semakan bayaran bantuan setiap fasa mengikut kategori boleh disemak melalui beberapa kaedah berikut:

Bila dah semak jumlah bayaran diterima, anda tidak perlu risau lagi bantuan anda tidak dimasukkan. Anda hanya perlu tunggu bayaran anda dikreditkan ke akaun bank dalam tempoh bayaran yang ditetapkan.

Baca juga: Macam Mana Nak Tahu BKM Dah Masuk Akaun Bank Atau Masih Dalam Proses? Ini Caranya

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma