Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Food Bank Siswa Malaysia: Golongan Sasar & Konsep Pelaksanaan Food Bank Siswa

Oleh Cikgu Shaari • September 20, 2022 • 2 min baca

Food Bank Siswa Malaysia: Golongan Sasar & Konsep Pelaksanaan Food Bank Siswa
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran sepanjang pengajian mereka berjalan dengan lancar.

Kementerian maklum peningkatan harga barangan di negara ini turut memberi kesan kepada harga makanan di dalam kampus yang menjadi kegusaran utama pelajar ketika ini. Sehubungan itu, KPT telah mengambil beberapa langkah bagi membantu pelajar IPT atas kos kenaikan sara hidup.

Salah satu inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah  ini adalah pelaksanaan Food Bank Siswa Bantu Mahasiswa.

FOOD BANK SISWA BANTU MAHASISWA B40

Inisiatif Program Food Bank Malaysia disediakan bagi memberi manfaat seperti berikut:

  • Membantu mahasiswa kurang berkemampuan menangani kos sara hidup dan beban kewangan supaya mereka lebih fokus kepada pembelajaran

KUMPURAN SASAR

Tawaran kemudahan Food Bank Siswa adalah disasarkan kepada pelajar dalam golongan berikut:

  • Pelajar golongan B40 (diutamakan kepada golongan pendapatan keluarga pelajar RM1000 dan ke bawah)
  • Pelajar yang memerlukan dan dikenalpasti dari semasa ke semasa

KONSEP PELAKSANAAN FOOD BANK SISWA

Pelaksanaan inisiatif Food Bank Siswa adalah melalui konsep berikut:

Food Pantry

Penyimpanan barang makanan kering di bilik bersesuaian dan diuruskan oleh Persatuan Pelajar (Bahagian HEP) untuk diagihkan kepada Pelajar yang layak mengikut jadual yang ditetapkan.

Central Kitchen

Sumbangan makanan yang boleh dimasak seperti daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan akan dimasak dan diberikan kepada Pelajar yang layak.

Food Basket Siswa Keluarga Malaysia pula akan diperkenalkan sebagai inisiatif tambahan yang akan menawarkan menu makanan yang berkualiti dengan harga siling RM3.50 per hidangan.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.