Lepasan SPM Berminat Nak Jadi Jururawat? “Nurse” Ini Kongsi Caranya & Cabaran Yang Anda Kena Tahu

Berminat nak jadi jururawat, tetapi tiada pengkhususan dalam bidang perubatan dan merupakan lepasan SPM? Umumnya nak jadi jururawat mestilah perlu kelayakan dalam jururawat dengan mengambil kursus kejururawatan tertentu. Buat lepasan SPM yang tiada kelayakan tak perlu risau ada satu cabang sesuai untuk anda!

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan pelbagai jawatan sesuai untuk lepasan SPM. Bagi yang nak jadi jururawat, anda boleh mohon Program Latihan Separa Perubatan melalui SPA untuk sertai kursus kejururawatan yang disediakan oleh kerajaan.

Bukan itu sahaja, selain SPA ada lagi cabang untuk mohon jadi jururawat buat lepasan SPM. Namun ada beberapa fakta dan cabaran berkenaan jadi jururawat yang anda kena tahu seperti yang dikongsikan oleh nurse ini.

CABARAN JADI JURURAWAT YANG RAMAI TAK TAHU

Berikut adalah beberapa cabaran dan fakta mengenai kerjaya sebagai jururawat yang anda kena tahu:

Jadi Jururawat Ini Bukan Macam Dalam Drama Ikut Doktor Jalan Sambil Pegang Fail

Jadi jururawat ini way different dari pada yang ditontonkan dalam drama. Waktu datang kes-kes kecemasan, nak duduk pun tak dapat, nak minum pun jangan harap. Takde drama kenyit mata kat doktor hensem atau kat waris yang boleh buat tulang rusuk bergegar.

Jadi jururawat ini bukan takat cuci najis seperti netizen cakap

Jadi jururawat ini tugasnya holistik dan menyeluruh. Kitalah jururawat, kita juga tukang paip, kita juga kaunter pertanyaan, kita pun guru, kita juga kaunselor dan kita juga kaunter aduan. Dari punch in sampai punch out, ada je kerja nak buat bukan setakat duduk kaunter layak tiktok atau belek buku Avon.

Jadi jururawat ni takat sijil je

Jadi jururawat ini bukat takat sijil je. Ada hierarki pendidikan dalam kejururawatan:

  • Sijil Jururawat Masyarakat; belajar 2 tahun setengah, jadi Jururawat Masyarakat (JM) yang kad tudung/ cap ada garis ungu
  • Diploma Kejururawatan; belajar 3 tahun, jadi Jururawar Terlatih/ Staff Nurse (JN/ SN) yang kad tudung/ cap/ bahu (bagi jururawat lelaki) ada garis warna biru
  • Sijil Pengkhususan/ Diploma Lanjutan/ Post Basic; belajar 6 bulan – 1 tahun untuk speciality tertentu dari unit kita bertugas contoh, Diploma Lanjutan Perbidanan, Sijil Pengkhususan Peri Anaesthesa, Diploma Lanjutan Kecemasan dan Trauma, Sijil Pengkhususan Orthopaedik dan banyak lagi
  • Kursus Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL); belajar setahun untuk jadi jururawat terlatih. Ni terbuka untuk JM yang dah cukup syarat servis
  • Ijazah Kejururawatan: belajar 4 tahun untuk dapat ijazah. Kalau naik pangkat, gred 41, tapi ada je yang ada ijazah masih kekal U29 sebab belum ada tawaran kenaikan pangkat
  • Sarjana Kejururawatan atau Sarjana berkaitan Ni bergantung jenis sarjana yang kita ambil tidak kira sepenuh masa atau separuh masa
  • PhD Kejururawatan atu PhD berkaitan

Jadi jururawat banyak cuti, boleh kesana kesini perabis gaji

Jadi jururawat ni jangan mimipi nak cuti hujung minggu, jangan mimpi nak cuti raya setiap tahun, nak cuti waktu hari kelepasan am tidak kira kerja hospital atau kerja klinik. Jadi sebelum nikah nanti pastikan pasangan faham bukannnya buat muka bila pasangan kena kerja hujung minggu, bila pasangan kena kerja pada hari raya, bila pasangan kena kerja pada hari kelepasan am. Hospital tak tutup ya.

Jadi jururawat senang pakai cable

Tak kira pakai cable kelajuan kilat pun, bukan cable boleh tolong jawab exam dari Semester 1 Diploma hingga Semester 6. Bukan juga cable tolong jawab soalan exam dari Lembaga Jururawat Malaysia yang bagi lesen untuk kita jadi jururawat. Lesen ini kena renew setiap tahun sama macam lesen kereta.

Jadi jururawat boleh pilih nak kerja dalam kawasan kampung halaman

Jadi jururawat kena bersedia untuk bertugas tidak kira mana pun dihantar. Nanti dah cukup tempoh servis, mohonlah bertukar walaupun kena beratur tunggu giliran. Masa ni lah kita nak belajar budaya dan bahasa baru.

Jadi sebelum jadi jururawat, kena bersedia segala segi. Jadi jururawat ini akan buka minda dan buka mata kita betapa kecilnya pengetahuan kita tentang kehidupan. Dan kita akan belajar serta kehidungan, serta menghargai setiap saat yang ada bila kita lihat segala kesakitan, kehilangan dan keperitan pesakit kita.

LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT

Rata-rata calon yang telah mendapat keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini sedang merancang untuk masa depan mereka. Ada yang sedang mencari kursus yang sesuai untuk ke menara gadung, ke kolej swasta atau melangkah ke alam pekerjaan.

Bagi yang berminat nak jadi jururawat, berikut adalah beberapa laluan yang anda boleh terokai untuk jadi jururawat:

  1. Mohon melalui laman SPA9 dibawah Latihan Separa Perubatan dan pilih Latihan Jururawat kat sana.
  2. Mohon dimana-mana IPTA/IPTS yang tawarkan jurusan kejururawatan dengan/ tanpa tajaan atau perlu buat pinjaman PTPTN
  3. Mohon di mana-mana universiti yang ada hospital/ hospital pengajar seperti PPUM, UiTM, PPUKM, UPM, USM dan UIAM

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma