Tawaran Penempatan Protege POS Malaysia Terbuka Buat Graduan Diploma & Degree
POS Malaysia Professional Training And Education For Growing Entrepreneurs (PROTEGE) meneruskan matlamat untuk mengembangkan kumpulan bakat graduan di Malaysia. PROTEGE bertujuan untuk melengkapkan graduan Malaysia dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk terus maju dalam dunia korporat dan pekerjaan.
Program 8 bulan ini akan membekalkan graduan dengan latihan kemahiran insaniah dan latihan tempat kerja yang pasti memberi manfaat kepada graduan yang tiada pengalaman. Graduan di Malaysia dipelawa untuk mohon tawaran program PROTEGE yang kini dibuka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program PROTEGE POS Malaysia yang ditawarkan dan cara mohon.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROTEGE
- Nama majikan: POS Malaysia
- Nama Program: PROTEGE 2022
- Tempoh kontrak: 8 bulan
- Tarikh tutup permohonan: 30 September 2022
MANFAAT PROGRAM
Antara manfaat bagi graduan yang berjaya mendapat penempatan latihan protege di POS Malaysia adalah:
- Pergigian
- Pelbagai elaun
- Perubatan
- Pinjaman
- Waktu bekerja biasa (Isnin – Jumaat)
- Pemakaian kasual (Baju + Slack/ Jeans)
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah:
- Warganegara Malaysia berumur 30 tahun dan ke bawah
- Graduan dengan CGPA 3.20 dan ke atas
- Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
- Mampu tersenyum, gigih dan bersemangat
- Mempunyai matlamat yang tinggi untuk menang
Kelayakan Pengajian
POS Malaysia membuka tawaran kepada graduan yang mempunyai kelayakan seperti berikut:
- Diploma,
- Advanced/Higher/Graduate Diploma,
- Bachelor’s Degree,
- Post Graduate Diploma,
- Professional Degree
CARA MOHON
Graduan yang berminat untuk mengikuti program PROTOGE di POS Malaysia serta berkelayakan seperti yang dinyatakan di atas dipelawa untuk mohon. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman berikut:
PERMOHONAN PROTEGE POS MALAYSIA
Di Pos Malaysia, kami bersemangat membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan untuk hari esok yang lebih baik. Semasa kami mengubah perniagaan berusia 200 tahun yang luar biasa ini, kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi, terlibat, bersemangat dan terdorong untuk menyertai pasukan kami – seseorang yang bersedia menghadapi cabaran transformasi dan teruja dengan peluang besar yang diwakilinya.