Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tarikh Mula Bayaran Baru Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan MARA Sehingga RM950 Sebulan

Oleh Cikgu Shaari • September 12, 2022 • 2 min baca

Tarikh Mula Bayaran Baru Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan MARA Sehingga RM950 Sebulan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pelajar tajaan MARA! Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dalam dan luar negara di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuat kuasa bulan ini dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kadar ESH sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian akan diselaraskan bersesuaian dengan peningkatan kos dan inflasi serta keperluan pelajar.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kenaikan Elaun Sara Hidup MARA dan tarikh bayaran ESH dengan kadar baru.

KENAIKAN ELAUN SARA HIDUP MARA

Pelaksanaan kadar Elaun Sara Hidup baharu bagi pelajar dalam negara dinaikkan seperti berikut:

  • Minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan

Kenaikan Elaun Sara Hidup dalam negara ini bermula daripada peringkat diploma sehingga doktor falsafah dan profesional.

Bagi kada ESH bagi pelajar luar negara dinaikkan kepada:

  • Minimum RM1,380 sehingga maksimum RM7,600 sebulan

Kenaikan Elaun Sara Hidup luar negara bermula daripada peringkat ijazah sarjana muda sehingga peringkat doktor falsafah dan peringkat profesional.

Kenaikan kadar ESH ini akan memberikan manfaat kepada 62,998 pelajar tajaan MARA di dalam dan luar negara.

Kerajaan menganggap langkah ini amat wajar dan bertepatan bagi membantu dan meringankan beban pelajar Kelyarga Malaysia berikutan peningkatan perbelanjaan sara hidup yang dihadapi mereka.

KEGUNAAN ELAUN SARA HIDUP

Kadar ESH yang disediakan oleh MARA adalah untuk kegunaan pelajar bagi menampung perbelanjaan harian meliputi:

  • Kos makan minum
  • Sewaan kediaman
  • Pengangkutan
  • Keperluan harian semasa pengajian

BILA PELAJAR AKAN TERIMA ESH PADA KADAR BARU?

Seperti dimaklumkan, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dalam dan luar negara di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuatkuasa:

  • Mulai September 2022

Kenaikan kadar ini membuktikan kerajaan dan MARA begitu prihatin serta serius dalam agenda pemerkasaan Bumiputera terutama kepada pelajar akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.

Seluruh pelajar Keluarga Malaysia dalam dan luar negara diharapkan dapat merancang dan menguruskan dengan sebaik mungkin ESH yang disalurkan agar aspek pembelajaran di institusi masing-masing berjalan lancar.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.