Cara Buat Laporan Kerosakan Jalan Raya Di Selangor Dengan 3 Langkah Mudah
Bagi memberi kemudahan dan keselasaaan rakyat Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu Sistem pengurusan aset pintar baharu, iaitu kemudahan untuk orang ramai membuat aduan kerosakan jalan raya dengan mudah melalui laman Twitter.
Proses pelaporan kerosakan jalan raya bagi jalan-jalan negeri di Selangor dipermudahkan dengan hanya menggunakan ‘hashtag’ atau tanda pagar di Twitter. Tak perlu risau lagi jika aduan anda tidak dilayan, dengan kaedah aduan ini, suara rakyat pasti didengar! Nak tahu langkah mudah buat kerosakan jalan raya di Selangor.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan membuat laporan kerosakan jalan raya di Selangor dengan mudah.
Isi Kandungan
SISTEM PENGURUSAN ASET PINTAR
Sistem pengurusan aset pintar yang diperkenalkan Kerajaan Negeri kini membolehkan proses memantau, mengenalpasti dan membaiki jalan rosak dapat dengan lebih pantas dan berkesan. Proses pelaporan kerosakan jalan raya bagi jalan-jalan negeri di Selangor dipermudahkan dengan hanya menggunakan ‘hashtag’ atau tanda pagar di Twitter.
Aduan akan ditapis dan disemak secara automatik untuk mengenalpasti sama ada jalan di bawah Infrasel, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Kerja Raya sebelum proses pembaikan dijalankan.
3 LANGKAH BUAT LAPORAN KEROSAKAN JALAN RAYA DI SELANGOR
Berikut adalah 3 langkah mudah buat laporan kerosakan jalan raya di Selangor yang orang ramai kena tahu:
- Ambil gambar jalan raya yang mengalamani kerosakan dengan jelas
- Laporkan di laman Twitter
- Masukkan gambar tadi dan sertakan post bersama hashtag #INFRASEL #NAMADAERAH dan #NAMAJALAN
Sistem aduan ini akan diperluaskan ke Facebook tidak lama lagi. Semoga inisiatif ini memudahkan kita untuk membantu Kerajaan Negeri meningkatkan perkhidmatan rakyat.