Permohonan Geran Bantuan Pelajar RM500 & Bantuan Prihatin Pahang Siswa/i RM200 Dibuka
Berita baik buat pelajar di Pahang! Yayasan Pahang ingin mempelawa anak-anak Pahang yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di universiti awam/ politeknik/ kolej komuniti dan berkelayakan mohon bantuan pengajian yang ditawarkan.
Pelajar baharu sesi 2022 layak memohon geran Bantuan Pelajar melalui e-geran manakala pelajar yang sedang dalam pengajian layak menerima Bantuan Prihatin Pahang Siswa/i oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui e-mampan. Bagi yang memerlukan bantuan ditawarkan, pastikan anda buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
INSTITUSI PENGAJIAN YANG LAYAK
Tawaran adalah terbuka kepada pelajar yang sambung pengajian dalam negara di institusi pengajian berikut:
- Universiti Awam
- Politeknik
- Kolej Komuniti
KADAR BANTUAN DITAWARKAN
Berikut adalah jenis dan kadar bantuan yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan:
- Geran bantuan pelajar: RM500
– Untuk pelajar baharu sesi 2022 - Bantuan Prihatin Pahang Siswa/i: RM200
– Pelajar yang sedang dalam pengajian
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur
- Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web disediakan
- Hantar permohonan dalam tempoh permohonan dibuka
TARIKH PERMOHONAN
Tawaran bantuan pengajian oleh Yayasan Pengajian dibuka seperti berikut:
- Geran bantuan pelajar: Dibuka sepanjang tahun 2022
- Bantuan Prihatin Pahang Siswa/i: Sehingga 16 September 2022
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan anak Pahang yang sedang mengikuti pengajian atau dapat tawaran sambung belajar di universiti awam/ politeknik/ kolej komuniti, anda boleh buat permohonan bantuan secara atas talian melalui laman permohonan yang disediakan. Permohonan boleh dibuat di pautan berikut:
- Geran bantuan pelajar:
https://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/ - Bantuan Prihatin Pahang Siswa/i
https://eyayasan2.yp.org.my/A-mampanV2/
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan bantuan ditawarkan, anda boleh hubungi En Zulhafnie Ahmad di talian 09 518 1800.