Terlupa Kata Laluan MySPP? Ini Panduan Reset Kata Laluan Untuk Mohon Kerja MySPP

Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran perlu menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Ramai yang terlalu fokus untuk mohon jawatan Suruhanajaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman SPA9, tetapi tidak ramai yang fokus untuk mohon jawatan di MySPP.

Pasti ada yang sampai terlupa kata laluan kan sebab terlalu lama tidak log masuk? Jangan risau, nak reset kata laluan untuk mohon kerja di MySPP sangat mudah. Tidak perlu pengesahan melalui email pun, anda hanya perlu isi maklumat dan masukkan kata laluan baharu. Dah tukar tu jangan lupa pula!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan reset kata laluan MySPP dengan mudah.

Baca juga: Dah Mohon Jawatan Di MySPP, Bila Calon Akan Dipanggil Temuduga? 

PANDUAN RESET KATA LALUAN MYSPP

Berikut adalah panduan reset kata laluan MySPP bagi yang lupa kata laluan:

  1. Pergi ke laman https://myspp.spp.gov.my/myspp/
  2. Klik LUPA KATA LALUAN
  3. Lengkapkan maklumat di ruangan yang disediakan. Setelah selesai, klik Hantar

  4. Siap! Kata laluan sudah berjaya dikemaskini.
  5. Anda boleh terus log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang baru seperti didaftarkan

Bagi yang tak pernah dalam sebarang panggilan temuduga, jangan berhenti untuk memohon! Sesungguhnya rezeki tidak mungkin akan salah alamat. Jika rezeki anda dah tertulis untuk mendapat jawatan tersebut, pasti anda akan dapatkannya. Apa yang penting adalah usaha.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma