Tawaran Kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas KPM Tingkatan 1 & 4 Dibuka
Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia kini telah membuka Permohonan Kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2023 dibuka mulai 4 September 2022. Ibu bapa yang berminat nak daftarkan anak yang merupakan pemegang kad OKU boleh buat permohonan sekarang.
Kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) adalah di SMKPK dan Kolej Vokasional di pelbagai negeri. Permohonan boleh dibuat secara atas talian sepanjang tempoh permohonan dibuka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran kemasukan MBPK dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 4 September hingga 21 Oktober 2022
SENARAI SEKOLAH & KURSUS MBPK
Berikut adalah senarai sekolah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Tingkatan1. dan Tingkatan 4 yang ditawarkan di Malaysia:
- SMKPK Setapak, Kuala Lumpur
- SMKPK Persekutuan, Pulau Pinang
- SMKPK Bumbong Loma, Pulau Pinang
- SMKPK Shah Alam, Selangor
- SMKPK Indahputra, Johor
- SMKPK Kuantan, Pahang
- SMKPK Merbok, Kedah
- Kolej Vokasional Keningau, Sabah
Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan:
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti dari sekolah kerajaan/ bantuan kerajaan
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik
- Pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Berkeupayaan mengurus diri
CARA MOHON
Ibu bapa yang nak buat permohonan untuk daftarkan anak ke sekolah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas boleh buat permohonan secara dalam talian di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan, anda boleh terus ke laman web rasmi https://epkhas.moe.gov.my.