Ujian Lasak Terbuka Pengambilan Jawatan DBKL, Hadir Dengan Minima Sijil SPM

Berminat nak jadi salah seorang daripada anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? DBKL mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menghadiri Ujian Lasak Terbuka bagi pengambilan jawatan bertaraf kontrak/ tetap seperti yang diiklankan.

Bagi calon yang berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh hadir ke lokasi dinyatakan pada 14 Disember 2022 dengan berpakaian mengikut panduan ditetapkan. Setiap calon mestilah hadir bersama dokumen-dokumen dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan menghadiri Ujian Khas Temuduga.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Nama jawatan: Pembantu Penguat Kuasa KP19 (Lelaki/ Wanita)
  • Taraf jawatan: Kontrak/ tetap
  • Jumlah kekosongan: 127
  • Gaji: RM1,360.00 – RM4,052.00

SYARAT KELAYAKAN

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja dipertimbangkan bagi jawatan ditawarkan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran
    termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata
    pelajaran yang lain; atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
    Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan
    dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan
    berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan
    memuaskan; atau
  •  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran
    termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata
    pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
    berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  •  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran
    termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata
    pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita tanpa
    bersepatu;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  •  Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa
    menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
    dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat di lapangan oleh pegawai perubatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Khas Terbuka:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Slip keputusan SPM tidak diterima)
  • Sijil digital lengkap vaksinasi Covid-19
  • Lesen memandu kelas B2/ D
  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport

Semua dokumen salinan yang dinyatakan perlu disahkan oleh Pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat/ Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa/ Penghulu/ Temenggung/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah/ Pengerusi JKKK/ ketua Kaum/ Ketua Masyarakat/PPM.

MAKLUMAT UJIAN

  • Tarikh ujian terbuka: 14 Disember 2022
  • Lokasi Ujian:  Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) No. 19, Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram) Bandar Tun Razak 56000 Cheras Kuala Lumpur
  • Masa Pendaftaran: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi

PANDUAN HADIR UJIAN KHAS TERBUKA

Calon mestilah hadir ke ujian khas terbuka dengan ikut panduan berikut:

  1. Berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track button) berwarna hitam dan kasut sukan
  2. Bawa bersama dokumen asal dan salinan dinyatakan di atas

Kegagalan calon hadir dengan ikut panduan tersebut mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Khas Terbuka ini.

Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Lasak Terbuka sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma