Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0: Senarai Manfaat Buat Rakyat Sarawak
Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 yang merangkumi lima langkah bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022. BKSS adalah bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat akibat inflasi.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengumumkan pakej khas itu hari ini berkata, kerajaan Sarawak akan membelanjakan RM1 bilion untuk BKSS 9.0, termasuk RM700 juta khusus untuk golongan kontraktor.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui manfaat-manfaat buat rakyat Sarawak menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0.
Isi Kandungan
MANFAAT BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 9.0
5 langkah yang diumumkan dalam BSKK 9.0 adalah:
Diskaun Bil Elektrik
- meneruskan pemberian diskaun bil elektrik antara lima hingga 25 peratus atas bil bulanan kepada pengguna domestik, komersial dan industri mulai Julai hingga Disember 2022
Diskaun Bil Air
- diskaun 10 hingga 25 peratus ke atas bil air bulanan untuk pengguna domestik, komersial dan industri diteruskan mulai Julai hingga Disember 2022.
Diskaun Taksiran Kadar Cukai Pintu
- Langkah ketiga ialah diskaun 25 peratus untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30 peratus untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersial, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2022 dan
Diskaun Sewa Pasar & Gerak PBT
- keempat ialah diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2022.
Bahan Binaan Tambahan
- Langkah yang kelima ialah berkaitan bahan binaan tambahan di bawah peruntukan khas untuk variasi harga (VOP) 2.0.
- Kenaikan harga bahan binaan telah memberi kesan buruk kepada pemain dalam industri binaan.
- Sebagai usaha ke arah mengurangkan hakisan margin yang dihadapi oleh kontraktor dan memastikan penyampaian projek kerajaan pada masa sukar ini, kerajaan Sarawak telah memulakan Variasi Harga (VOP) 2.0 untuk menampung kenaikan harga bahan binaan
- .Projek yang dibiayai VOP 2.0 akan meliputi bidang kontrak berterusan dengan Surat Setuju Terima (LOA) yang dikeluarkan antara 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
Kerajaan Sarawak dianggarkan menanggung kos kira-kira RM700 juta untuk membenarkan perubahan harga.
Tambahnya, dalam keadaan yang sukar sekarang ini, kerajaan Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat agar memberi manfaat kepada semua golongan.
Kita sekarang dalam fasa pemulihan ekonomi. Justeru itu, saya berharap agar langkah-langkah dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 9.0 yang berjumlah hampir RM1.0 billion ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Sarawak