4 Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia Bagi Tahun 2022

Masyarakat kini beranggapan bahawa hanya dengan segulung ijazah akan membawa seseorang itu berjaya dengan lebih jauh. Namun hakikatnya, menuntut sesuatu ilmu tidak mempunyai had masa dan tidak diukur melalui sebarang sijil. Tanpa ijazah tidak semestinya seseorang itu tidak boleh berjaya.

Tujuan utama setiap orang bekerja mestilah untuk mendapatkan gaji kan? Untuk meneruskan kehidupan, gaji adalah sangat penting dan dipandang dalam memilih pekerjaan. Nak tahu tak apa pekerjaan dengan gaji tertinggi di Malaysia?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 4 pekerjaan dengan gaji tertinggi di Malaysia bagi tahun 2022.

4 PEKERJAAN DENGAN GAJI TERTINGGI DI MALAYSIA

1. Pakar Bedah

Gaji seseorang yang kerja sebagai pakar bedah boleh cecah RM70,000 sebulan tau! Tapi nak capai ke tahap tu jauh juga perjalanan dia.

Bermula dari sekolah menengah lagi dah memang kena fokus pada biologi dan kemudiannya, sambung pelajaran ke sekolah perubatan (medical school).

Jumlah tahun untuk bergelar seorang pakar bedah berkemungkinan 10 tahun ke atas. Tak termasuk juga betapa kompleksnya untuk menjalankan satu pembedahan. Mungkin sebab ni gaji mereka antara yang paling tinggi, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia!

2. Ejen Hartanah (Property Agent)

Pekerjaan ini tidak memerlukan ijazah kerana pekerjaan sebagai ejen hartanah lebih kepada soft-skills seperti rundingan dan komunikasi. Pendapatan seorang ejen hartanah boleh cecah RM50,000 sebulan!

Itu pun kalau belum termasuk komisen lain melalui penjualan yang mereka dapat. Tambahan, tugas seorang ejen hartanah adalah untuk mengiklankan hartanah dan mencari prospek yang berminat untuk membeli. Dari situ, datanglah komisen dan pendapatan mereka.

3. Pengarah Jualan & Pemasaran (Sales & Marketing Director)

Gaji seorang pengarah penjualan & pemasaran mampu cecah RM35,000 sebulan!

Seorang pengarah pemasaran bertanggungjawab untuk pengurusan keseluruhan jabatan penjualan & pemasaran. Tanggungjawab tu termasuklah merancang, melaksanakan, dan mengkaji semula pendekatan pemasaran suatu syarikat.

Selain itu, perlu capai sasaran penjualan yang ditetapkan oleh pihak atasan. Kerja gaji tinggi ni sesuai untuk sesiapa yang suka berborak tu. Berbanding dari zaman dahulu, pemasaran dilakukan secara tradisional iaitu melalui surat khabar, televisyen dan radio.

Tapi dalam zaman moden sekarang, pemasaran boleh dilihat dari aspek digital seperti media sosial dan blog. Dengan cara pemasaran dan penjualan baharu, tentunya sasaran penjualan akan meningkat.

4. Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer)

Gaji seorang ketua pegawai maklumat boleh cecah RM30,000 hingga RM60,000!

Seorang ketua pegawai maklumat bertugas untuk memantau pelaksanaan pelan strategik teknologi maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat.

Selain itu, banyak lagi tugas seorang ketua pegawai maklumat yang berbeza dari tahun-tahun lalu. Seperti mewujudkan nilai perniagaan melalui teknologi, merancang objektif pertumbuhan perniagaan secara strategik dan memastikan sistem dan prosedur teknologi membawa kepada hasil selaras dengan matlamat perniagaan.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma