Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Permohonan Perlindungan PERKESO Buat Suri Rumah Dibuka
Berita baik buat kaum wanita, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2022 akhirnya menjadi menjadi kenyataan. SKSSR akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 1 Disember 2022 selepas Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.
SKSSR Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu, meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim keselamatan ditawarkan.
Isi Kandungan
SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR) PERKESO
Berkuat kuasa 1 Disember 2022, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.
Skim ini menyediakan pelbagai faedah kepada suri rumah yang terlibat dalam bencana domestik atau menghidap keilatan yang menjejaskan keupayaan mereka untuk menguruskan rumah tangga.
Tarikh mula kuatkuasa Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah adalah bermula:
- Mulai 1 Disember 2022
SYARAT KELAYAKAN SKSSR
Tawaran adalah terbuka kepada suri rumah yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia/ pemastautin tetap
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga
- Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment)
Suri Rumah merupakan:
- Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa.
- Termasuk seorang isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, iaitu termasuk juga ibu tunggal.
MANFAAT SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH
- SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga
- SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran
PERMOHONAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH
Bagi menerima perlindungan selama 12 bulan berturut-turt, suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman:
- Kadar caruman: RM120 setahun secara ‘in advance’
Pendaftaran untuk SKSSP boleh dibuat melalui 2 kaedah berikut:
- Pendaftaran di mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh negara; atau
- Pendaftaran secara dalam talian (AKAN DATANG)
Caruman itu adalah secara sukarela namun pihak suami amat digalakkan untuk mencarum bagi pihak isteri masing-masing, malah pihak ketiga juga termasuk ahli keluarga dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh membayar carumah untuk suri rumah.
Bagaimanapun, jika pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), anda boleh terus ke laman web https://www.perkeso.gov.my/.