Cara Mohon Jadi Jurutol Dengan Minima SPM, Gaji Sehingga RM2,800 & Pelbagai Elaun Diberi
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) merupakan syarikat pengendali lebuh raya kedua terbesar atau syarikat operator Bina Operasi Pemindahan (BOT) di Malaysia selepas PLUS Expressways. Prolintas merupakan syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional berhad (PNB).
Rakyat Malaysia yang berminat nak jadi Front Line Assistant atau Jurutol, kini anda boleh mohon pengambilan jurutol Prolintas dengan kelayakan minima SPM, STPM atau Diploma. Gaji lumayan beserta pelbagai elaun ditawarkan kepada pekerja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas)
- Nama jawatan: Front Line Assistant (Jurutol)
- Penempatan: Lebuhraya DASH/ GCE/ SILK/SUKE
- Waktu bekerja: 3 syif
MANFAAT DISEDIAKAN
Antara manfaat disediakan kepada calon yang berjaya mendapat penempatan adalah:
- Gaji bermula RM1,900 hingga RM2,800
- Latihan secara insentif disediakan
- Elaun dan insentif yang menarik
- Kemudahan perubatan
- Perlindungan insurans
- Caruman KWSP dan PERKESO
- Faedah kebajikan
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun
- Minimum Sijil pelajaran Malaysia (SPM), STPM atau Diploma
- Boleh bekerja tiga (3) syif
- Boleh menerima arahan dan berkomunikasi dengan baik
- Sihat tubuh badan (mental dan fizikal)
- Mempunyai lesen yang sah B2 atau D dan kenderaan sendiri
- Berperwatakan yang menarik dan ceria
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan atas talian di pautan disediakan dan hantarkan emel permohonan beserta resume ke alamat berikut:
- recruitment@prolintas.com.my
Permohonan secara atas talian boleh dibuat dengan mengisi borang di pautan berikut:
BORANG PERMOHONAN JAWATAN JURUTOL PROLINTAS
Hanya permohonan yang terpilih sahaja akan menerima emel daripada Bahagian Sumber Manusia untuk sesi temuduga. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 03 2164 2450/ 03 5126 7044/ 03 – 4252 5078.