Permohonan Bantuan OKU RM150 Secara One-Off Kini Dibuka
Mulai 24 Ogos 2022, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri Terengganu yang berkelayakan boleh mohon Bantuan OKU yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada golongan OKU bagi meringankan beban. Permohonan bagi golongan OKU yang berkelayakan boleh dibuat secara atas talian melalui i-Bantuan.
Sistem i-bantuan digunakan untuk permohonan bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan iFitri 2022 di bawah kerajaan Terengganu. Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem PRT20 bagi kegunaan semakan maklumat pemohon. Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna sebelum mereka membuat permohonan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan OKU yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Tawaran permohonan Bantuan OKU dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 24 Ogos 2022 sehingga 3 September 2022
KADAR BANTUAN
Jumlah bantuan yang bakal diterima rakyat Terengganu yang berkelayakan adalah sebanyak:
- RM150 secara one-off
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran pencen rakyat Terengganu adalah terbuka kepada rakyat yang berkelayakan seperti berikut:
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang bukan kakitangan kerajaan
- Pemohon adalah BUKAN penerima bantuan bulanan daripada JKM/ PERKESO/ MAIDAM
Antara syarat utama memohon i-Bantuan adalah:
- Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu
- Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu
- Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan warga emas yang berpendapatan rendah dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui sistem i-Bantuan sepanjang tempoh permohonan dibuka.
Permohonan atas talian boleh dibuat di pautan berikut:
Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna sebelum mereka membuat permohonan. Pendaftaran wajib menggunakan No Kad Pengenalan KIR.