Permohonan Pencen Rakyat Terengganu 60 Tahun Ke Atas Dibuka, Terima RM600 Setahun

Mulai 24 Ogos 2022, warga emas berumur 60 tahun ke atas di negeri Terengganu yang berkelayakan boleh mohon Pencen Rakyat Terengganu yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada warga emas bagi meringankan beban. Permohonan bagi warga emas yang berkelayakan boleh dibuat secara atas talian melalui i-Bantuan atau hubungi saluran dinyatakan.

Sistem i-bantuan digunakan untuk permohonan bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan iFitri 2022 di bawah kerajaan Terengganu. Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem PRT20 bagi kegunaan semakan maklumat pemohon. Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna sebelum mereka membuat permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Pencen Rakyat Terengganu yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Tawaran permohonan pencen rakyat Terengganu dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 24 Ogos 2022 sehingga 3 September 2022

KADAR PENCEN DIBERI

Jumlah bantuan yang bakal diterima rakyat Terengganu yang berkelayakan adalah sebanyak:

  • RM600 setahun

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran pencen rakyat Terengganu adalah terbuka kepada rakyat yang berkelayakan seperti berikut:

  • Berumur 60 tahun dan ke atas pada 1/1/2022
  • Pemohon adalah ketua isi rumah atau salah seorang isi rumah warga emas yang layak memohon
  • Pemohon BUKAN pesara kerajaan atau penerima pencen dan tidak mendapat bantuan bulanan daripada JKM/ MAIDAM/ Perkeso atau mana-mana agensi Kerajaan
  • Pendapatan Isi Rumah Pemohon di bawah RM2,500 sebulan
  • Penerima Pencen Rakyat tahun 2021 layak untuk menerima semula pada tahun 2022 sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan
  • Permohonan baharu juga dibuka untuk pemohon yang layak

Antara syarat utama memohon i-Bantuan adalah:

  • Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu
  • Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu
  • Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan warga emas yang berpendapatan rendah dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui saluran dinyatakan atau secara atas talian melalui sistem i-Bantuan sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Anda boleh hubungi:

  • JPKK; atau
  • Pusat Khidmat Masyarakat DUN

Permohonan atas talian boleh dibuat di pautan berikut:

Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna sebelum mereka membuat permohonan. Pendaftaran wajib menggunakan No Kad Pengenalan KIR.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma