Tawaran MySTEP Pembantu Tadbir Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mohon Guna SPM

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagi yang berminat nak berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, anda boleh mohon pengambilan MySTEP yang dibuka buat warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Dengan kelayakan minima SPM pun anda boleh mohon! Tawaran MySTEP yang dibuka adalah bagi penempatan jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pemasaran dan Pelesenan. Hantar permohonan segera dalam tempoh permohonan dibuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran jawatan MySTEP LKIM dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Taraf jawatan: Kontrak Personel MySTEP
  • Jawatan: Pembantu Tadbir & Pembantu Operasi
  • Penempatan: Pusat Latihan LKIM Camar Laut
  • Gaji ditawarkan: RM1,600 & RM1,400
  • Tarikh tutup permohonan: 25 Ogos 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Pembantu Operasi

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan Pendidikan/ perkhidmatan:
    i) PT3/ PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
    ii) PT3/ PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurnag-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Pembantu Tadbir

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan Pendidikan/ perkhidmatan:
    i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
    ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
    iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurnag-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

CARA MOHON

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang LKIM01 yang boleh didapati di alamat seperti berikut:

  • Pengurus
    Pusat Latihan LKIM Camar Laut
    Bagan Lalang
    43590 Sungai Pelek
    Selangor Darul Ehsan

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

  • Pengurus
    Pusat Latihan LKIM Camar Laut
    Bagan Lalang
    43590 Sungai Pelek
    Selangor Darul Ehsan

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma