Cara Setting Akaun Perbankan Online Untuk Elakkan Akaun Diakses Oleh Scammer

Penipuan yang berlaku pada dunia hari ini sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita. Tidak kira secara atas talian, panggilan telefon atau secara bersekemuka scammer tidak pernah berhenti mencari peluang untuk menipu orang. Jadi kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam menilai sama ada sesuatu yang kita buat itu satu penipuan atau perkara yang benar.

Seorang pengguna Facebook melalui laman Facebook nya telah kongsikan bahawa beliau hilang RM10,000 akibat muat turun aplikasi melalui WhatsApp! Siapa sangka  dengan niat nak mencari aplikasi sahaja boleh ditipu dengan jumlah yang besar oleh scammer ini! Baca kisahnya DI SINI.

Salah satu ikhtiar yang kita boleh lakukan adalah sentiasa berwaspada dan setting akaun perbankan online anda supaya akaun tidak diakses oleh scammer. Nak tahu caranya, ikuti perkongsian di bawah.

CARA SETTING AKAUN PERBANKAN ONLINE

Berikut adalah panduan setting akaun perbankan online bagi mengelakkan akaun anda diakses oleh peranti scammer:

  1. Log masuk ke akaun perbankan online CIMB Click anda
  2. Slide ke tepi untuk pergi ke Setting
  3. Klik pilihan Setting

  4. Semak jenis peranti yang didaftarkan untuk akses ke akaun perbankan online anda

Sekiranya ada peranti yang tidak dikenali selain daripada peranti anda, pastikan anda terus PADAM PERANTI yang tidak dikenali tersebut dan TUKAR KATA LALUAN secepat mungkin.

Pastikan anda buat semakan sekerap mungkin bagi memastikan tiada peranti lain tidak dikenali akses ke akaun perbankan online anda. Ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan selain mengharapkan pihak bank menaiktaraf sistem keselamatan mereka.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma