Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

5 Langkah Membuat Aduan/ Pertanyaan Berkenaan SPA Melalui SISPAA

Oleh Cikgu Shaari • August 22, 2022 • 2 min baca

5 Langkah Membuat Aduan/ Pertanyaan Berkenaan SPA Melalui SISPAA
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa yang telah dimudahcara oleh teknologi terkini.

SISPAA dapat mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian Maklumbalas kepada Agensi Kerajaan kerana ianya boleh dicapai oleh Pengguna pada bila-bila masa sekiranya terdapat capaian internet.

Pelanggan SPA yang ingin buat sebarang aduan, cadangan atau pertanyaan berkenaan SPA boleh ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui langkah membuat maklum balas melalui SISPAA.

5 LANGKAH MAKLUM BALAS MELALUI SISPAA

Sekiranya anda ada sebarang aduan, cadangan, pertanyaan atau penghargaan berkenaan SPA, anda boleh membuat maklum balas melalui SISPAA dengan ikut langkah berikut:

  1. Layari laman web SISPAA SPA di pautan https://spa.spab.gov.my
  2. Tekan butang Aduan/ Maklum Balas Baharu
  3. Isi dan daftarkan maklum balas mengikut ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang Lampiran untuk memuat naik dokumen bukti maklum balas (jika ada). Dokumen perlu berformat JPG/ PDF/ PNG/ DOC dengan saiz maksima dokumen yang dibenarkan adalah 10MB
  5. Tekan butang maklumat Hantar setelah selesai mengisi kesemua

Anda akan menerima notis terima bagi maklum balas beserta ID Tiket (contoh: SPA.XXXXX) melalui emel setelah maklum balas berjaya dihantar.

SEMAKAN STATUS MAKLUM BALAS

Setelah membuat maklum balas, anda boleh buat semakan status dengan ikut langkah berikut:

  1. Layari laman web SISPAA SPA di pautan https://spa.spab.gov.my
  2. Tekan butang Semak Aduan/ Maklum Balas
  3. Masukkan ID Tiket, Jenis Pengenalan dan No. Pengenalan. tekan butang Semak

Butiran maklumat yang lengkap mestilah diisi bagi tujuan tindakan siasatan dan penyampaian maklumat kepada anda. Maklum balas anda amat penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan SPA.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.