Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021 Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • August 22, 2022 • 2 min baca

Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021 Kini Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Keputusan peperiksaan STPM telah diumumkan, bagi calon yang ingin membuat permohonan untuk memperbaiki keputusan STPM kini anda boleh buat pendaftaran secara atas talian. Calon diberi 2 pilihan kaedah untuk memperbaiki keputusan iaitu secara keseluruhan ataupun secara tampal (patching).

Calon yang memperbaiki keputusan STPM 2021 akan menduduki peperiksaan STPM 2022 pada peperiksaan Semester 3, Ulangan 1 dan Ulangan 2.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat pendaftaran memperbaiki keputusan STPM.

TEMPOH PENDAFTARAN

Pendaftaran bagi memperbaiki keputusan STPM 2021 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 22 Ogos 2022 hingga 22 September 2022 (Khamis)

KAEDAH MEMPERBAIKI KEPUTUSAN

Berikut adalah 2 pilihan kaedah memperbaiki keputusan:

  • Memperbaiki keputusan secara keseluruhan
  • Memperbaiki keputusan secara tampal (patching)

Calon yang memperbaiki keputusan STPM 2021 akan menduduki peperiksaan STPM 2022 pada peperiksaan Semester 3, Ulangan 1 dan Ulangan 2.

CARA DAFTAR MEMPERBAIKI KEPUTUSAN STPM

Pendaftaran untuk memperbaiki keputusan STPM boleh dibuat sepanjang tempoh pendaftaran dibuka secara atas talian melalui pautan berikut:

Sistem Pendaftaran ini khusus untuk calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun semasa yang memperbaiki keputusan.

Calon yang memperbaiki keputusan MESTILAH membuat pembayaran secara dalam talian melalui sistem pendaftaran ini.

(Calon hendaklah merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan )

Calon hendaklah mencetak/menyimpan Penyata Pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.

Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.