Perbezaan Antara Ijazah Sarjana Muda Perguruan & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Yang Ramai Tak Tahu
Ramai yang nak jadi guru tetapi ramai juga yang tidak boleh nak jawab atau tidak pasti apabila ditanya tentang mata pelajaran yang diminta dan berminat nak mengajar di sekolah rendah atau menengah. Pasti anda pernah dengar kan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?
Nampak macam sama, tapi tahu tak sebenarnya kedua-dua program pengajian ini ada bezanya dan ditawarkan oleh institusi pendidikan yang berbeza. Program pengajian diperlukan untuk mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perbezaan antara Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Isi Kandungan
KELAYAKAN UNTUK JADI GURU SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH
Ramai yang nak jadi guru tetapi ramai juga yang tak boleh jawab dan tidak pasti apabila ditanya:
- Nak mengajar mata pelajaran apa?
- Sekolah rendah atau menengah?
Untuk makluman anda:
- Untuk menjadi guru sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG. Terdapat 47 program yang ditawarkan untuk lepasan SPM
- Manakala untuk menjadi guru sekolah menengah (SMK/SMKA) memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (mengikut bidang). terdapat 92 program yang ada ditawarkan di 12 buah universiti yang memerlukan kelayakan STPM/Setaraf (termasuk asasi/matrik/diploma)
INSTITUSI PENGAJIAN BAGI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN/ PENDIDIKAN
Untuk makluman anda, Ijazah Sarjana Muda Perguruan ditawarkan di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG) manakala Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam.
Semak senarai program pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di bawah:
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk memberi maklumat kepada calon yang berminat nak jadi guru dan ingin meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Pendidikan.