Buat Pengesahan Email Di Laman SPA9 Untuk Pastikan Permohonan SPA9 Terus Diproses, Ini Caranya
Perhatian! Pemohon SEMUA kategori yang buat permohonan kerja kerajaan di Sistem Pendaftaran Pekerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) perlu buat pengesahan email bagi memastikan permohonan kerja anda terus diproses. Pengesahan email boleh dibuat dengan mudah melalui laman SPA9 dan semakan di email yang didaftarkan.
Kegagalan dalam membuat pengesahan alamat email boleh menyebabkan permohonan jawatan dalam SPA9 tidak dapat diproses ke dalam sistem utama SPA. Pastikan anda buat pengesahan segera ya!
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat pengesahan email di laman SPA9.
Isi Kandungan
KEGAGAGALAN BUAT PENGESAHAN EMAIL
Seperti dimaklumkan dalam laman SPA9, kegagalan calon membuat pengesahan alamat email akan menyebabkan:
- Permohonan dalam SPA9 TIDAK DAPAT diproses ke dalam sistem utama SPA
Pengesahan makluman akaun diperlukan bagi membantu pihak pemohon dan juga pihak SPA dalam menguruskan keselamatan akaun pemohon.
CARA BUAT PENGESAHAN EMAIL DI LAMAN SPA9
Bagi yang buat pengesahan email di laman SPA9, pastikan anda buat pengesahan segera dengan ikut panduan berikut:
- Log masuk ke laman https://spa9.spa.gov.my/login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Di bahagian Alamat Emel dalam Maklumat Peribadi, klik Pengesahan Maklumat
- Jika masih tiada pengesahan dibuat, klik Hantar Kod Baru Ke Emel
- Emel pengesahan telah dihantar ke alamat email yang telah didaftarkan. Semak peti masuk email anda. Jika tiada di peti masuk, semak juga di bahagian “spam” atau “promotion”
- Masukkan PIN yang anda terima melalui emal dan klik SAHKAN
Siap! Pengesahan email anda telah berjaya dibuat. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan pengesahan email di laman SPA9, anda boleh maklumkan masalah anda ke ePertanyaan SPA di laman http://aduan.spa.gov.my atau emel ke alamat spa9@spa.gov.my.