Cara Mohon Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang MAINPP Untuk Pemilik Premis/ Bengkel
Kepada pemilik bengkel berkenaan, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) mempelawa anda untuk memohon Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang seperti yang ditawarkan. Tawaran adalah terbuka kepada pemohon dari pelbagai kategori bengkel/ premis.
Bagi yang berkelayakan, anda boleh dapatkan borang permohonan dan buat permohonan sepanjang tempoh ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang MAINPP dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 8 Ogos 2022 (Isnin) hingga 22 Ogos 2022 (Isnin)
PEMILIK YANG LAYAK
Tawaran bantuan khas zakat ini adalah terbuka kepada pemilik berikut:
- Bengkel membaiki kereta/ motor
- Bengkel mengimpal/ mengecat
- Membaiki barangan elektrik/ elekrtonik/ penghawa dingin
- Bengkel besi
- Bengkel perabot
SYARAT KELAYAKAN
Pemilik bengkel yang dinyatakan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Pemastautin dan mempunyai premis/ bengkel yang beroperasi di negeri Pulau Pinang
- Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT
- Belum menerima bantuan perniagaan tahun 2021/2022
- Perniagaan merupakan sumber utama pendapatn keluarga
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan pemilik premis/bengkel yang berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan ikut panduan berikut:
- Dapatkan borang permohonan di kaunter perkhidmatan zakat berhampiran
- Lengkapkan borang permohonan
- Hantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan semula ke kaunter perkhidmatan zakat berhampiran
Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang (MAINPP), anda boleh hubungi talian 011 – 2872 4558 (Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP).