Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya •Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon • Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya •Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •

Tawaran Pinjaman Pendahuluan Pendidikan Institusi MARA Sehingga RM2,000

Oleh Cikgu Shaari • August 5, 2022 • 2 min baca

Tawaran Pinjaman Pendahuluan Pendidikan Institusi MARA Sehingga RM2,000
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Amanah Raya (MARA) menawarkan Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA kepada calon yang bakal masuk belajar bagi membantu pelajar. Permohonan dibuka kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan MARA (IPMA) sahaja.

Anda bakal melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan MARA? Anda boleh buat permohonan Pinjaman Pendahluan Pendidikan MARA yang ditawarkan sehingga RM2,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA dan panduan buat permohonan.

OBJEKTIF PINJAMAN

Tujuan skim ini ditawarkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan atau mengikut garis panduan jadual pemarkahan kelayakan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Kelebihan Pinjaman Pendidikan MARA:

  • Pinjaman Pendahuluan Pelajaran
  • Pinjaman Penuh Pendidikan
  • Pengurangan Pinjaman Pendidikan

KADAR PINJAMAN PENDAHULUAN MARA

Melalui Pinjaman Pendahuluan MARA anda layak memohon pinjaman pada kadar:

  • RM1,000 sehingga RM2,000

Di Institusi Pendidikan MARA anda juga boleh memohon Pinjaman Penuh Pendidikan MARA dan Elaun Sara Hidup sepanjang tempoh pengajian!

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Pinjaman Pendahuluan MARA akan dibuka pada:

  • AKAN DIKEMASKINI

SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN MARA

Berikut adalah senarai institusi pendidikan MARA:

  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • University Kuala Lumpur (UniKL)
  • German-Malaysia Institute (GMI)
  • KUPTM

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Mendapat tawaran melanjutkan pengajian di institusi pendidikan MARA
  • Pelajar dan Ibu/bapa adalah warganegara dan bertaraf bumiputera
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat diploma dan 40 tahun bagi peringkat ijazah pertama

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon tawaran pinjaman pendahuluan bagi kemasukan ke institusi pendidikan MARA dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA, anda boleh terus ke laman web rasmi www.online06.mara.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.