Peneraju Juang Skil Kerjaya: Tawaran Peluang Kerjaya Terbuka Buat Graduan OKU
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ( Yayasan Peneraju) dengan kerjasama UKM akan menganjurkan kursus kesediaan kerjaya secara percuma kepada graduan OKU pada 15-16 Ogos 2022 & 17-18 Ogos 2022 di lokasi yang dinyatakan. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesediaan kerjaya graduan OKU dan kesediaan majikan untuk penempatan kerja graduan OKU
Graduan yang mengikuti kursus ini akan berpeluang untuk ditawarkan pekerjaan melalui skim MySTEP. Graduan OKU yang berminat untuk dapatkan peluang kerjaya melalui kursus ini boleh buat pendaftaran untuk penyertaan sehingga 10 Ogos 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KURSUS
- Nama program: Peneraju Juang Skil Kerjaya
- Anjuran: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dengan kerjasama UKM
- Tarikh: 15 – 16 Ogos 2022 dan 17 – 18 Ogos 2022 (tarikh boleh dipilih)
- Lokasi: Bangi Resort Hotel
- Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2022
MANFAAT DISEDIAKAN
Antara manfaat yang disediakan kepada peserta sepanjang tempoh kursus adalah:
- Peninapan
- Makan dan minum
KRITERIA KELAYAKAN
Tawaran kursus adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Bumiputera
- OKU Fizikal/Pendengaran minor/Penglihatan minor
- Berumur 21-30 tahun
- Kelayakan minima Diploma dalam bidang berkaitan (tahun graduasi 2017 – 2022)
- Tidak bekerja
- Berminat & bersedia menerima tawaran kerja MySTEP pada Ogos/September 2022
- Sihat dan boleh bekerja
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan kursus ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi maklumat di borang permohonan dalam talian sebelum 10 Ogos 2022 di pautan berikut:
Peserta yang berjaya akan dihubungi oleh pihak penganjur. Sebarang pertanyaan boleh hubungi aizansofia@ukm.edu.my atau hubungi talian 012 2950152.